Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, November 5, 2009

NIZAR TERKINI : TEAM HJ HADI VS TEAM NIK AZIZ SEMAKIN PANAS.

Apakah terselamat kedudukan pemimpin yang mahu disingkirkan oleh Nik Aziz? Antaranya Timbalan Presiden, Nasharudin Mohd. Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Hassan Ali.

Awang tidak fikir kedudukan mereka terjamin selamat kerana puak yang menyokong Nik Aziz khabarnya tidak mahu berdiam diri. Maka desas-desus Pas sudah terbelah dua semakin jelas. Satu kelompok menyokong Hadi dan mereka pernah menyokong idea pro kerajaan perpaduan dengan UMNO yang diilhamkan oleh Presiden Pas itu. Antara pemimpin yang pro Hadi selain Nasharudin, Mustafa dan Hassan ialah Harun Taib, Haron Din, Azizan Razak, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi. Satu lagi memihak kepada Nik Aziz yang lebih condong kepada aspirasi PKR dan DAP sehingga memperlihatkan Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang. Nama yang selalu dikaitkan menyokong Nik Aziz ialah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar dan Hatta Ramli. Kelompok ini juga dikatakan pro Anwar atau apa yang dilabel sebagai puak Erdogan. Mereka lebih simpati kepada Anwar dan sanggup mempertahankan beliau di sebalik isu moralnya sedangkan penyokong Hadi agak dingin kerana tidak mahu parti itu dijadikan alat kepentingan peribadi.- Awang Selamat, Utusan Online.



Diberitakan baru-baru ini Khalid Samad telah berjumpa dan meberi amaran kepada Tuan Ibrahim Tuan Man supaya pita-pita rakaman yang berada dibawah simpanan JawatanKuasa Displin tidak dipadam. Ini kerana TG Hadi Awang telah menitahkan kepada Tuan Ibrahim supaya memadamkan segala bukti-bukti rakaman supaya jejak grup pro "Unity Government" seperti Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasarudin Mat Isa dan beberapa individu lain terpadam.

Tujuan perintah TG Hadi Awang dipercayai kerana ingin "menjaga parti" supaya rahsia parti terus terpelihara. Ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa sendiri dengan dan memberi amaran kepada Tuan Ibrahim, jika Tuan Ibrahim memadam bukti-bukti rakaman terbabit bagi menutup jejak pro UG, beliau akan mendedahkan terus rakaman-rakaman yang ada pada simpanan beliau di blog peribadi beliau. Buat makluman yang belum tahu, Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Prof. Dr. Dato' Harun Din adalah Mursyidul Am "Unity Government". Tuan Ibrahim Tuan Man kadangkala dilihat cenderung kepada Harun Din walaupun ia mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz.- BloglistPolitik.

KOMEN : PERPECAHAN PAS KIAN PARAH. BLOGGER YANG MENYOKONG TEAM NIK AZIZ SEMAKIN AGRESIF MENYERANG TEAM HJ HADI. KERAJAAN PERPADUAN HANYA KAMBING HITAM UNTUK TEAM NIK AZIZ MENYERANG TEAM HJ HADI. SEBENARNYA ADA ISU LEBIH BESAR YANG ADA DI DALAM HATI MEREKA YANG MEREKA PERJUANGKAN. AZIZ BARI HANYA MENGERUHKAN LAGI PERTEMBUNGAN NI. APAKAH TIADA RUANG UNTUK MEREKA BERSATU?  RAKYAT SEDANG MENYAKSIKAN PERGOLAKKAN DALAM PAS. INSYALLAH ALLAH AKAN MEMBANTU PERJUANG ISLAM SEBENAR.

IKLAN : Saya ingin berkongsi link hebat ini. Hanya Klik boleh dapat Wang! @ Dapat Wang Segera

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP