Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, November 5, 2009

NIZAR TERKINI : HASSAN ALI KORBAN PAS

PAS memerlukan "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari. MalaysiaKini

Petikan daripada blog Perisik Rakyat @ :

Pelik. JK Disiplin belum pun habis buat keputusan. Tapi Hasan Ali sudah pun mula buat "tour" berjumpa dengan pimpinan kawasan2 seluruh Selangor. Apa motif berjumpa dengan pimpinan2 KAwasan seluruh Selangor ni? Bukan sepatutnya Hasan Ali tunggu keputusan JK Disiplin dahulu, baru buat program2 sebegini? Apa jaminan tidak ada soalan yang datang dari peserta yang menyentuh kes yang sedang berjalan dalam JK Disiplin?



Nampak sangat Hasan Ali tidak menghormati JK Disiplin. Seharusnya beliau menunggu dahulu JK Disiplin habis buat keputusan, baru buat program sebegini. Tarikh mula program CUUUKUUUPPP hampir dan selepas tarikh Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat.








KOMEN : BEGITULAH NASIB PEMIMPIN ADA KETIKA DIJULANG, ADA KETIKA DIKUTUK, ADA KETIKA DISISIH, ADA KALA PERLU DIKORBANKAN UNTUK MENAIKAN YANG LAIN DAN ADA KETIKA DIJAUHI OLEH RAKAN-RAKAN PEMIMPIN. TETAPI SEBAGAI PEMIMPIN PASTI SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI SEGALA-GALANYA. DALAM MENGEJAR PANGKAT DAN KEDUDUKAN DALAM PARTI DAN NEGERI PASTI ADA SAHAJA BISIKAN DARIPADA SYAITAN UNTUK MEMBAWA PEMIMPIN LARI DARIPADA LANDASAN PERJUANGAN SEHINGGA PEMIMPIN LAIN TERPAKSA DIMANGSAKAN. DALAM ZAMAN ICT INI LAGI HEBAT PENCABAR PEMIMPIN BUKAN SAHAJA PEMIMPIN YANG LAIN TETAPI JUGA BLOGGER-BLOGGER YANG HEBAT-HEBAT BELAKA.

Mungkin NASIHAT daripada MSO boleh difikirkan : 


Hal itu bukan saja terbatas dalam politik MCA tetapi dalam parti-parti lain juga. Dalam Umno, PKR dan Pas juga boleh berlaku. Pas hampir-hampir menghadapi suasana yang sama sekiranya seruan supaya diadakan EGM baru-baru ini mendapat sokongan. Cadangan EGM dalam Pas tempoh hari bukan saja ingin menentukan hala baru parti, tetapi menentukan kedudukan pucuk pimpinannya secara 'angin ribut'.

Makanya kepada pemuda pemudi yang galak menyanyi lagu demokrasi partisan, kalau tidak bersedia untuk menerima hakikat seperti apa yang menimpa Tee Keat, Sok Lek dan Tiong Lai itu maka hendaklah jauhkan diri dari politik. Kalau nak libat juga maka jadilah penampal poster yang mendapat upah seringgit dua bila ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum.

IKLAN : Saya ingin berkongsi link hebat ini. Hanya Klik boleh dapat Wang! @ Dapat Wang Segera

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP