Nizar Perak : Wang Ehsan dan Implikasi kepada Kerajaan PAS Kelantan
Walaupun atas nama wang ehsan bukan royalti seperti mana yang disebut dalam perjanjian, antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas, natijahnya rakyat Kelantan dapat merasai nikmat itu. Walaupun pihak kerajaan negeri dan ahli politik Pas merasa kecewa dengan pemberian menerusi wang ehsan itu, tetapi setidak-tidaknya usaha mereka untuk membawa wang itu ke Kelantan berhasil.
Langkah Najib ini saya lihat satu langkah ke depan dan bijak. Najib sudah mula memecahkan amalan-amalan karut (diskriminasi) yang diamalkan perdana menteri sebelum ini. Baik ketika Dr Mahathir Mohamad atau Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Najib dilihat lebih berani, terbuka dan bersimpatis kepada Kelantan. Ini satu anjakan baru yang perlu diberi perhatian dengan penuh kebimbangan oleh Pas.
Saya mengira langkah itu akan mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada pusat dan khasnya kepada stail politik yang diamalkan Najib. Saya yakin kalau tidak ada mengada Najib tidak akan sedia memenuhi tuntutan atau permintaan kerajaan Kelantan itu.
Nampaknya kemungkinan akan berlaku. Bila Najib sedia memberi wang royalti itu atas nama wang ehsan ia membahayakan kerajaan Pas Kelantan. Kenapa saya berkata begitu kerana, bila Najib telah melunasi maka kejahatan kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan sudah tidak ketara lagi. Dari sudut lain pula ia merugikan Pas Kelantan.
Apakah Najib sudah dapat menghidu kejayaan UBN di Terengganu itu maka beliau sudi memberi dana itu ke Kelantan? Kalau ini benar bermakna Najib akan mendapat dua kebaikan di mata rakyat Kelantan dengan pengumumannya di parlimen tadi. Pertama, beliau dilihat Perdana Menteri mendahulukan rakyat, kedua partinya akan mendapat keuntungan, wang ehsan itu akan menjadi wang tambahan untuk merampas Kelantan.
Mengenai hal ini saya telah memberi amaran awal mengenai bahana ini ketika melihat keghairahan Pas Kelantan memperjuangkan perkara ini menerusi kuasa politik. Saya menyatakan cara itu kurang bijak di mana tuntutan itu seharusnya diadakan secara lunak dan tidak dibuat secara ugutan. Kenapa saya memberi amaran itu kerana bimbang tuntutan itu akan membidas balik kepada Pas.
Apapun kalau Pas ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan dengan perjuangan mereka itu, tidak mengapa, kerana pahala sedang menunggu di akhirat kelak. InsyaAllah, Tuhan akan mengetahui siapa yang ikhlas dan benar berjuang untuk rakyat. Insya-Allah.
Baca Analisa Penuh @ Blog MSO
0 comments:
Post a Comment