Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, October 23, 2009

1Malaysia : Nik Aziz cadangkan EGM untuk bersihkan PAS daripada Penyokong UMNO

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak. Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri. Berikut tulisan TGNA di blog @ Pandangan Nik Aziz



Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah. 

KOMEN : BEGITU PANDAI GERAKAN PUAK ERDOGAN DALAM PAS UNTUK MENYINGKIR PEMIMPIN YANG TIDAK MENYOKONG ANWAR. JIKA BERLAKU MAKA BERMULA KEHANCURAN PAS...

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Anonymous,  October 23, 2009 at 10:26 AM  

Syabas!!!

Biarlah TG Hj Hadi, Hassan Ali dll. yg menyokong UG menjadi Ahli Dewan Ulama UMNO...

Biarlah PAS Nik Aziz dgn PKR+DAPnya...
Biarlah PAS Nik Aziz dgn labu2nya...

Begini barulah Allah bagi kemenangan kepada Melayu-Islam!!!

Ayuh ummat BERSATU!!!
Stabilkan politik negara kita!!!

Anak Lenggong October 23, 2009 at 12:33 PM  

Aku heran la sekarang ini semua kenyataan Pas dibuat oleh nik ajis saorang..seolah-olah Pas merupakan hak exklusif dia sorang sahaja..pendapat orang lain tidak boleh digunapakai...

Sepatutnya didalam sesebuah pertubuhan sebarang kenyataan akan dibuat oleh setiusaha ataupun presiden ..so didalam pas sekarang ini presiden dan para exco sudah tidak berfungsi..semuanya tunduk kepada pak lebai tua nyanyuk tu sorang sahaja..

Pas selama ini sebenarnya tiada pemimpin yang dapat memberikan buah fikiran yang bernas..mereka cuma mengikut apa yang dilakukan oleh orang lain sahaja..bila umno buat pindaan perlembagaan ..mereka pun sibuk nak buat perubahan jugak..kenapa baru sekarang terfikir benda tu semua..Ini membuktikan Pas ketandusan pemimpin yang berwibawa dan bangang..sebab tu lah mereka sanggup dipergunakan sebagai balaci dan pacacai kepada nuar brehi dan cina DAP...penyoko pulak semua kaki angguk sahaja..dan bertakbir tampa sebarang tujuan.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP