Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, October 23, 2009

1Malaysia : 1 juta telur ayam ke Padang

Sejumlah satu juta biji telur ayam yang keseluruhannya bernilai RM300,000 akan dihantar ke Padang, Indonesia sebagai bantuan tambahan Kerajaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di situ.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bantuan itu dapat menambah bekalan makanan berkhasiat untuk mangsa gempa yang bukan sahaja mengalami kemusnahan harta benda tetapi pelbagai jenis ternakan.

Menurutnya, telur itu disumbangkan oleh penternak ayam daripada Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) sebagai tanda simpati mereka terhadap mangsa gempa yang menderita di wilayah berkenaan.

''Telur itu diterima daripada 10 ladang ternakan ayam di negara ini. Sumbangan itu hasil muafakat sesama ahli persatuan tersebut.
''Ia baru peringkat permulaan . Jika perlu FLFAM akan menambah sumbangan telur ayam kepada mangsa gempa,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Telur Ayam kepada mangsa gempa bumi Padang, Indonesia di sini hari ini.

Sumbangan berkenaan diterima oleh Duta Besar Republik itu, Tan Sri Da'i Bachtiar.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Datuk Mohd. Mokhtar Ismail, Pengerusi Agro Bank, Datuk Mohamed Salleh Bajuri dan Presiden FLFAM, Lee Ah Fat.

Noh memberitahu, kementeriannya akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM) bagi menguruskan penghantaran telur ayam tersebut secepat mungkin.
Jelasnya, tarikh tamat tempoh penggunaan telur ayam berkenaan adalah tiga minggu dari tarikh penghantaran.
Noh menambah, selain Padang, Malaysia juga akan menghantar sumbangan telur ayam untuk mangsa taufan di Filipina.

Bagaimanapun, katanya, jumlahnya masih dalam perbincangan dengan FLFAM.
''Kita sentiasa berpegang dan mengamalkan dasar Prosper Thy Neighbour yang menitikberatkan keprihatinan Malaysia kepada negara-negara jiran dan menghulurkan bantuan bila diperlukan,'' katanya.
Tambah Noh, kejadian yang menimpa penduduk negara jiran itu mendapat simpati berterusan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan di negara ini.
Dalam pada itu, beliau meminta lebih banyak organisasi lain tampil menghulurkan bantuan dalam apa juga bentuk yang sesuai bagi membantu mangsa bencana alam khasnya di Padang.

Sumber @ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

KOMEN : SEMUGA ALLAH MEMBALAS USAHA YANG BAIK DENGAN REZEKI YANG BERLIMPAH RUAH.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP