Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, February 9, 2010

Nizar lebih baik jadi pemimpin di Negara tanpa Raja

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan.

Pada sidang media, sejurus selepas mahkamah menolak permohonannya, hari ini, Nizar berkata: “Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Nizar juga berkata dia belum membuat keputusan samada akan merayu berhubung keputusan itu yang mengistiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

“Kami akan teliti keputusan bertulis penghakiman dan kemudiannya membuat keputusan,” katanya sambil meminta penyokongnya supaya bertenang.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas. Sasaran kita sekarang ini ialah merampas semula Perak.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.”

Menurut Nizar, krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/124046


KOMEN : DEMI KUASA APA JUGA BOLEH CAKAP. KALAU DAH DAPAT KUASA SILAP-SILAP SULTAN PUN KENA BUAG NEGERI.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Ampatuan Jr,  February 10, 2010 at 1:26 AM  

Memang pun matlamat utama PR ialah utk menghapuskan institusi beraja di negara ini dan digantikan dgn sebuah negara repablik.DAP dah kasi hint perkara ini bila Gobind Deo anak si Karpal Singh cadangkan dlm parlimen supaya jawatan PM dibuat secara undi bukan lantikan oleh Agong mcm sekarang.Ni saja cara bagi Karpal Singh atau Lim Kit Siang nak jadi PM kat M'sia.PAS okey, dia ikut jer apa yg DAP cakap.Nizar pun bermati-matian nak tegakkan Kerajaan DAP di Perak,tu pasal dia kenen Sultan Perak tadi kononnya silap lantik kerajaan 'Haram' di Perak.

Anonymous,  February 11, 2010 at 10:12 AM  

saya mencadangkan nizar tu tukar warganegara singapore..sana tiada raja..cubelah

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP