Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, February 8, 2010

9 Ahli Parlimen PKR akan berpaling tadah.

Di kala Anwar Ibrahim semakin terhimpit dengan kes liwatnya yang terbaru, partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin huru-hara.

Ini kerana, selama ini Anwar memerintah PKR dengan cengkaman kuku besi. Buktinya amat nyata apabila dia menukar kepimpinan negeri PKR mengikut selera hatinya pada tahun lalu.
Pandangan akar umbi PKR tidak diendahkan langsung sehingga bibit-bibit kebencian terhadap gaya diktator 'juara keadilan' ini bercambah secara meluas dalam parti itu.

Namun, dengan bermulanya kes liwat 2, Anwar semakin lemah cengkamannya ke atas PKR.
Dia lebih menumpukan perhatian kepada cara untuk melepaskan dirinya sehingga tumpuan ke atas urusan parti semakin lesu.

Akibatnya amat nyata sejak kebelakangan ini ketika mana Anwar sibuk dengan road show bagi mengumpul rakyat untuk berdemonstrasi bagi pihaknya dan mula sibuk naik turun mahkamah, semakin ramai pemimpin dalam PKR yang mula membuat perangai.

Malaysia-instinct.com difahamkan, setakat ini sekurang-kurangnya ada sembilan Ahli Parlimen (MP) PKR yang dikatakan akan meninggalkan parti itu.
Mereka bagaimanapun tidak berminat untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sebaliknya memiliki kecenderungan untuk menjadi wakil bebas di Parlimen.
Kecenderungan mereka dikatakan semakin membuak-buak sejak permulaan kes bicara liwat 2 kerana dikatakan ia memperlihatkan Anwar memang hampir pasti terlibat meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Jika ini berlaku, Datuk Ibrahim Ali pastinya orang yang paling berbangga dengan perkembangan seperti itu.
Bertambah lagi rakan-rakan bebas beliau di Parlimen.
Apa pun, perkembangan dalaman PKR amat menarik untuk diikuti.
Setakat ini, beberapa nama yang disebut-sebut untuk keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil bebas antaranya ialah MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong, MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noor din, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan beberapa nama lain yang kurang popular.
Mereka yang dia atas ini sememangnya dikatakan mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan PKR sejak sekian lama dan semakin nyata apabila sebahagian mereka mula menyerang kepimpinan DAP terutama di Pulau Pinang.

Ada yang mentafsir kekecohan di Pulau Pinang itu sebagai cubaan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada perbicaraan kes liwat Anwar, tetapi tahap pergaduhan mereka kini memperlihatkan hakikat yang sebaliknya.
Mereka umpama melepaskan geram yang terpendam dalam hati mereka selama ini. Dan bukan sekadar mengalih perhatian.

Yang pasti, kelekaan dan sikap tidak ambil peduli Anwar selain sikap bermaharajalela DAP dalam Pakatan Rakyat menambah sakit hati sebahagian besar kepimpinan PKR di merata ceruk negara ini.
Jika pada hari mendatang lebih banyak bukti Anwar meliwat Saiful mula dibawa ke mahkamah, penulis tidak terperanjat jika berlaku penghijrahan beramai-ramai MP PKR keluar parti.
Mungkin mereka akan merasa malu untuk kekal dalam parti yang didukung oleh peliwat tegar.
Dan yang terbaik kini, kita tunggu dan lihat sahajalah apa kemungkinannya.

Sumber @ Malaysia-Instinct

KOMEN : SELALUNYA MEREKA INI AKAN DICAP OLEH PAKATAN SEBAGAI AGEN UMNO.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP