Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, January 13, 2010

Ulasan AMERIKA isu GEREJA memburukkan lagi keadaan

Badan pemantau kerajaan Amerika mengenai kebebasan beragama hari ini menegaskan ia memandang berat insiden serangan ke atas gereja di Malaysia, dan menegaskan respons para pemimpin amat penting dalam membentuk masa depan negara ini.

"Kita amat memandang berat apa yang berlaku di Malaysia, kerana serang bom api ke atas gereja telah menggugat keseimbangan politik dan etnik di Malaysia," kata pengerusi suruhanjaya antarabangsa Amerika mengenai kebebasan agama, Leonard Leo.

"Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini," katanya.

Suruhanjaya tersebut, yang mengesyorkan dasar-dasar kepada kerajaan Amerika, dianggotai mereka yang dilantik oleh presiden dan Kongres.

Sembilan gereja di Malaysia menjadi sasaran serangan dan vandalisme selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan pada 13 Disember lalu larangan ke atas bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan "God".

Keputusan itu memihak kepada mingguan Katholik, Herald yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam bahagian bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, kementerian dalam negeri (KDN) telah memperolehi perintah mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut, sementara menunggu rayuannya didengar.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/121832

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

3 comments:

Anonymous,  January 13, 2010 at 4:57 PM  

sila baca ulasan mendalam tentang penghakiman Hakim Dt Bee Lian Lau dalam Halimah Mohd Said's Ninitalk. Beliau berpendapat Hakim Bee Lian adalah imcompetent, berat sebelah, dll. Layari terus http://ninitalk.wordpress.com

adf55650 January 13, 2010 at 6:51 PM  

Inilah yang dikehendaki Anwar. Campurtangan barat yang menyebelahi dia.
Komen amerika ini merupakan sokongan moral yg tinggi baginya.
Akan hancurlah Melayu dan Islam di bawah Anwar. Adakah Anwar akan peduli? Benar dia akan peduli. Dia akan bertepuk tangan kerana akan hilang satu tentangan terhadapnya.
Melayu yang menyokongnya bagaimana pula?
Itu dia tidak akan peduli.

adf55650 February 20, 2010 at 7:44 AM  

No choice, format the whole thing. Save important files you need.

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP