Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, January 4, 2010

Perkataan ALLAH boleh disalah guna jika dikongsikan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

Sumber @ Harakah Online

KOMEN AKU DI FACEBOOK :

Pengalaman di INdonesia apabila Allah boleh digunakan oleh Islam dan Kristian MAKA kedua-dua AGAMA dikatakan SAMA tidak salah untuk bertukar agama atau kristian lebih baik kerana lebih lama wujudnya dan lebih banyak duitnya. Musuh ISLAM tidak akan duduk diam selagi ISLAM tidak musnah. Apa pandangan teman-teman?

KOMEN YANG AKU TERIMA :

Do you NOT know, Christian exist before Muslim? How then "Allah" be an exclusive of Muslim, while Christian exist long before Muslim.

Anyway, you may refer to some of Indonesia Bible as below, Allah have been commonly use in Malay language.

http://www.einjil.com/
http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_bis/01_001.htm

The exclusive for muslim should be الله instead of Allah. As alphabet of "A l l a h" not found in any of Al Quran. 1-Malaysia

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  January 4, 2010 at 7:17 PM  

Tidak setuju langsung kepada sesiapa yang mengatakan agama Kristian dan Yahudi itu agama samawi.Apa sumber rujukan mereka ?Kitab Biblekah atau Old Testament atau New testament atau apa-apa kitab yang lain ?
Semua kitab itu telah diseleweng dan diubah-ubah sehingga sekarang.Masih adakah Taurat,Zabur dan Injil yang tulen dan asal sekarang ini ?
Siapa yang boleh membuktikan agama Kristian,Yahudi,Hindu,Buddha dan lain-lain lebih awal dari Islam ?
Untuk pengetahuan, asal bangsa Yahudi dan Arab adalah dari keturunan Nabi Ibrahim.Anaknya nabi Ismail kepada Bangsa Arab dan Ishak dan Yaakub kepada bangsa Israil.
Taurat kepada Musa,Zabur kepada Daud dan Injil kepada Isa.Kitab-kitan itu diturunkan selepas zaman nabi Ibrahim.Al-Quran pula diturunkan pada zaman nabi Muhammad.
Semua Nabi dan Rasul Dari Nabi Adam,Idris,Nuh,Ibrahim,Luth,Ismail,Ishak,Yaakub,Yusuf,Syuaib,Musa,Isa dan nabi-nabi yang lain mengaku muslim dalam Al-Quran sebelum kedatangan Nabi Muhammad dan sebelum diturunkan Al-Quran pada zaman jahilliyah lagi.Sabda nabi Muhammad , baginda meneruskan apa-apa yang telah disampaikan oleh para nabi-nabi yang terdahulu yang hanya menyembah kepada Allah yang Esa.
Ini bermakna tiada agama samawi selain daripada Islam.Kristian dan Yahudi bukan agama nabi Ibrahim dan satu pembohongan besar dari mereka ini yang mendakwa mereka beragama mengikut nabi Ibrahim !!!

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP