Kes Liwat AnWAR : Usaha TERAKHIR AnWAR??
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan afidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mendakwa bekas seorang pembantunya atas kesalahan melakukan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Permohonan pemimpin PKR itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu.
Pemuda itu mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.
Kes Anwar dijadual dibicarakan pada 23 Januari ini di mahkamah tinggi selepas pergelutan perundangan yang berlarutan.
Selepas memfailkan afidavit tersebut, Anwar berkata ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom di Parlimen pada Oktober tahun lalu.
"Laporan saya berkaitan kes qazaf (jenayah fitnah). Qazaf itu kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan atau undang-undang bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil," kata Anwar.
Tambahnya, beliau terkejut dengan kenyataan Jamil Khir yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.
"Jadi untuk menteri membuat kenyataan dangkal sebegitu memeranjatkan dan saya anggap itu adalah campur tangan politik dalam perjalanan mahkamah syariah.
"Yang lebih berat lagi, kerana (kenyataan Jamil Khir) jelas menghina keduddukan dan kewibawaan mahkamah syariah. Sejak bila mahkamah syariah harus tunduk kepada mahkamah sivil?" katanya.
Anwar juga menjelaskan, kes qazaf yang difail olehnya berbeza daripada kes liwat terhadapnya di mahkamah sivil.
Jamil Khir turut dinamakan sebagai responden dalam afidavit berkenaan, selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Anwar juga berkata beberapa dokumen seperti laporan polis, sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful dan laporan perubatan terhadap pemuda itu dikemukakan kepada Jawi.
Tokoh pembangkang itu turut menyenaraikan beberapa individu sebagai saksi yang berada bersamanya ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku pada dua tahun lalu.
Permohonannya akan didengar pada 13 Januari di depan hakim syarie Mohd Shukor Shabudin, jelas peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman yang hadir di sidang media tersebut.
Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."
Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sumber @ Malaysiakini
3 comments:
Ini lah sisa perjuangan nuar brahi ni...kalau betul nak ikut hukum islam..ngape tak berani buat sumpah seperti seful tu..buat laa ..dan kalau betul anak jantan ngape sengaja mencari isu melewat-lewat kan perbicaraan dah setahun dah...orang kata berani kerana benar takut kerana salah..
SLM BRO..DIA NAK LARI MANE LG?..DIA DH LARI PEGI KEDUTAAN TURKI..DIA DH MINTAK TANGGUNG BYK KALI..DOLAK DALIK X HABIS2..MCM2 ALASAN DIA DH BAGI SAMPAI LA DIA JUMPA JLN MATI! KEHKEHKEH
Dildo Amateur Sex
free xxx flash games
Private Fotzen
Post a Comment