Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, January 3, 2010

Kes Liwat AnWAR : Penyokong diminta solat HAJAT

SUDAH banyak kali Awang menulis berhubung isu Anwar Ibrahim yang sentiasa berusaha melengah-lengahkan perbicaraan sebenar kes tuduhan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Azhar Bukhari.

Orang ramai dan banyak pihak tertanya-tanya mengapa Anwar bersikap sedemikian sehingga membawa tanggapan beliau takut menghadapi perbicaraan itu.
Apakah kerana pendakwa mempunyai bukti lebih kukuh untuk mensabitkan beliau maka ketua pembangkang itu tidak berani ke mahkamah?

Terbaru, Anwar menerusi pasukan pembelanya mencari apa sahaja alasan untuk menangguhkan kes itu. Pada masa yang sama, akhbar PKR memainkan isu perlunya Anwar diadili mengikut undang-undang Islam.
Awang tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini kerana dari awal telah menjangkakan taktik beliau.
Tidak salah merumuskan bahawa Anwar mencari apa sahaja ruang yang boleh memihak kepadanya dan bukanlah sangat atas pertimbangan undang-undang Islam.

Jika benar beliau mahu mengambil semangat undang-undang Islam, mengapa tidak berani melakukan sumpah laknat atau mubahalah sebagaimana diambil oleh Saiful.

Awang juga sependapat dengan Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mempersoalkan sikap Anwar meminta diadili secara undang-undang Islam tetapi memperlekehkan hukuman syariah terhadap Kartika Sari Dewi atas kesalahan meminum arak.

Persoalan lain, apa istimewanya beliau berbanding banyak tertuduh lain termasuk kes liwat dan rogol yang diadili di mahkamah sivil?

Apakah kes mereka juga memerlukan saksi empat orang? Jika mahu mengikut undang-undang Islam, ia mesti melibatkan semua tertuduh beragama Islam dan bukan Anwar sahaja.
Awang tidak kisah dalam kes itu nanti sama ada Anwar didapati bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan. Yang penting ialah keberanian untuk diadili.

Keadilan bukan sahaja hak orang besar seperti Anwar tetapi juga hak rakyat kecil seperti Saiful. Maka janganlah sesiapa sahaja apatah lagi Anwar yang mempromo diri sebagai pejuang keadilan dan demokrasi, mahu menafikan keadilan.

Awang cadangkan ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar yang beragama Islam supaya mengadakan sembahyang hajat untuk mencari petunjuk. Mesejnya juga, pemimpin anda tidak perlu takut hadapi kebenaran melainkan...

Sumber @ Utusan Online

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP