Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Thursday, November 12, 2009

NIZAR TERKINI : KICKDEFELLA UGUT NIK AZIZ DENGAN DOKUMEN SENSITIF PMBK

Pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Blogger Kickdefella bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK.Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini semalam, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.
“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan menteri besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.

Syed Azidi yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama penanya ‘Kickdefella blogger’, mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK. Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

“Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,” tegas beliau lagi.

Syed Azidi juga menjelaskan, yang beliau tidak ada kena mengena dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas PMBK malah tidak terlibat pun dalam membawa SPRM masuk untuk menyiasat PMBK.
“Malangnya saya juga dituduh menggunakan laman blog saya untuk menimbulkan kekecohan tetapi hakikatnya ialah saya masih terus menyokong Nik Aziz dan pada masa yang sama ingin membuka mata Nik

Aziz bahawa menantunya itu adalah satu liabiliti kepadanya," ujar Syed Azidi.
Sementara itu, Nik Aziz, yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri enggan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan semua dakwaan yang dibuat oleh Syed Azidi.
Siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM ke atas PMBK telah menjadi buah mulut ramai lebih-lebih lagi dengan tindakan Nik Aziz untuk mempertahankan menantunya sebagai seorang yang beliau yakini dan percayai.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah.

Pada 5 November lalu, para pegawai SPRM telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu.
Dan kelmarin, (9 November) pegawai-pegawai SPRM sekali lagi telah berkunjung ke pejabat PMBK dan kali ini mereka telah menyoal Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi, yang merupakan seorang jurutera pada mulanya dilantikan sebagai ketua pegawai operasi PMBK pada awal tahun lalu sebelum secara rasminya dilantik ke jawatan ketua pegawai eksekutif kira-kira dua bulan yang lalu.

Sumber @ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/12/mstar_berita/20091111134823&sec=mstar_berita


KOMEN : NAMPAKNYA KICKDEFELLA SEDANG MENGUGUT NIK AZIZ DENGANBERBAGAI DOKUMEN SENSITIF YANG BERADA DALAM TANGAN. NI NAMANYA SILAP PERKIRAAN. KITA TUNGGU DAN LIHAT APA YANG AKAN BERLAKU APABILA PAS BERLAWAN SESAMA SENDIRI. TAK HABIS KES KHALID SAMAD DENGAN HASSAN ALI KINI TIMBUL PULAK CERITA BARU DI KELANTAN DAN MUNGKIN BANYAK LAGI ... DOA YANG DI TERIMA ALLAH AGAKNYA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Media Cyber November 12, 2009 at 10:46 AM  

Allah bersama dengan mereka yang benar.. dan masih lagi memberi peluang kepada mereka yg suka bercakap bohong itu kembali ke pangkal jalan.. kickdefella ini tidak akan join BPN.. dia tetap akan bersama dengan PAS tetapi kini dia akn membantu kita menjatuhkan PAS.. ambil kesempatan ini untuk buktikan kepincangan yang berlaku dalam pas.

Selepas penang? Selangor pun rampas tanah rakyat. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/selepas-penang-selangor-juga-mahu.html

Anak Lenggong November 12, 2009 at 12:54 PM  

Sekarang kita lihat lah pededahan daripada blogger upahan pas yang kena singkir ni..dulu dia membuat berbagai fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan sampaikan menterbalikkan bendera malaysia..so bahana daripada fitnah yang disebarkan nya terbalik keatas diri dia sendiri.

woii...mangkuk dulu masa ko kat dalam ..semua kemungkaran didalam pemerintahan pas ko simpan dalam guni eks..so bila ko dah ditendang cam anjing kurap ko nak menyalak pulak..salak laa..kami nak dengar pulak apa sebenar nya yang tersembunyi didalam kelompok pas..

Tapi...kalau nak jujur ko dedahkan lah semua perkara..jangan pulak ko sorok apa yang dilakukan oleh bos beruk ko si kusam tu...jangan berlaku hipokrit pulak..

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP