NIZAR TERKINI : BLOGGER BARISAN JUMPA DS NAJIB
Ramai blogger politik Pahang dah tak ’mboh berblog dah, dah chemoih gamoknya. Kawan risau juga dengan rodong-rodong kawan yang buat tak pade je ni.
Entah apa yang tak kena, namun ini tidak patut dibiarkan. Saya bercakap mengenai blogger politik di Pahang. Perkembangan terkini memperlihatkan bahawa kebanyakan blog-blog politik di Pahang yang suatu ketika dulu begitu lantang dan konsisten menulis dan membahaskan isu-isu politik semasa kini kelihatan semakin lemah dan pudar. Ini dapat ditafsirkan melalu blog berkenaan yang sudah lama kelihatan tidak dikemaskinikan.
Baca seterusnya keluh kesah blogger politik yang menyokong Barisan Nasional @ http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/11/blogger-politik-pahang-dah-tak-mboh.html
Ketidakperihatinan umno terhadap bloger jugak berlaku di negeri lain termasuk selangor. retorik politik mereka tahap dewa. mungkin senario politik itu berbeda untuk setiap negeri, namun akhir penghujungnya kita (bloger) akan menemui titik yang sama.
Di selangor, peluang untuk umno merampas kembali negeri ini cukup cerah tapi sayang di sini tiada kolobrasi. ketua penerangan umno selangor yb shukor tiada efisen memegang jawatan ketua penerangan sebab tak nampak langsung kelibat untuk buat kerja.kerja melakukan serangan dalam hirarki politik adalah tugas ketua penerangan. najib, shukor tak perform jadi tolong KPI beliau. begitu juga dengan keseluruhan jawatankuasa umno selangor, sila KPI kan mereka.
Ada adun di selangor kaki golf, ada adun di selangor pernah mencebik bloger katanya bloger tiada punyai impak dalam senario politik selangor !ini kenyataan yang dah lama aku pendam.
Cerita rakan bloger braveheart di atas adalah benar. konsep cerita sahaja yang berbeda. nasib bloger di selangor dan pahang mungkin berlaku di negeri lain juga, mungkin penang.kepada rakan bloger pahang, gap bersamamu dan aku yakin ramai bloger yang senada pun akan bersamamu..
Pandangan ANDA di perlukan @ http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/11/ds-najib-mesti-jumpa-kami-bloger.html
KOMEN : KALAU BENAR BLOGGER INI BOLEH MEMBANTU BARISAN NASIONAL DALAM SUASANA PERUBAHAN MEDIA BARU MENGAPA TIDAK SETIAUSAHA AKHBAR DS NAJIB URUSKAN SATU PERTEMUAN BLOGGER DENGAN DS NAJIB. TIDAK KETINGGALAN JUGA AHMAD MAZLAN SELAKU KETUA PENERANGAN UMNO.
0 comments:
Post a Comment