Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, October 21, 2009

1Malaysia : AnWAR bersua muka dengan Muhyiddin

Kalau penganalisa politik PAS kata apabila pemimpin UMNO hadir hari terbuka pemimpin PAS maka pemimpin PAS pro UMNO. Bagaimana pulak bila AnWAR duduk semeja dengan Muhyiddin. Tolak sebelah hal politik…dalam semangat Aidilfitri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk semeja.




Inilah pertama kali mereka bersemuka sejak Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka pada 3 Ogos lalu mendakwa Penasihat PKR itu pengkhianat besar kepada perjuangan orang Melayu.




Mereka bersua di majlis rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang diadakan di dewan bangkuet bangunan Parlimen tengahari Selasa.

Keduanya duduk semeja lebih setengah jam bersama Pandikar ,Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng dan beberapa kenamaan lain di meja utama.

Muhyiddin dan Anwar kelihatan berbual mesra macam tak ada hal antara mereka.

Anwar telah menyaman Muhyiddin RM100 juta kerana mendakwa beliau penghianat Melayu.

Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan beliau tidak gentar disaman Anwar.

Ekoran kenyataan Muhyiddin itu ramai kalangan pimpinan UMNO telah turut serta membuat dakwaan sama terhadap Anwar dan mencabar beliau menyaman mereka.

Sumber @ http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/10/muhyiddin-dan-anwar-bersemuka.html


KOMEN : ADA MASA SEMEMANGNYA PERLU KITA KETEPIKAN SOAL POLITIK. TAPI AKU NAK TUNGGU APA LAGI ANWAR NAK BUAT UNTUK TERUS MEMPOPULARKAN PAKATAN. PASTI ANWAR AKAN BUAT SESUATU UNTUK MELAWAN SEMANGAT 1MALAYSIA YANG KIAN MEMBARA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP