Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, October 21, 2009

1Malaysia : Haji HADI dituduh PRO UMNO oleh Team ERDOGAN

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai  ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). 

Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum.

Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan.  Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.


Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.
PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan  Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP,  kerana selama ini kita  telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. 

Baca lebih lengkap @ http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1107:tuduh-presiden-pas-pro-umno&catid=37:pendapat&Itemid=50

KOMEN : BERTAMBAH MENJADI-JADI PUAK ANWAR DI DALAM PAS SEHINGGA PEMIMPIN ISLAM BERHARI RAYA BERSAMA PUN SUDAH DIANGGAP SALAH. TIDAK KAH ADA MASA KITA KETEPIKAN POLITIK SEBENTAR. PASTI NABI SAW SEDIH MELIHAT UMAT ISLAM BEGINI. 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP