Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang : Sifat Terpuji DR M

AKHIRNYA Dr Mahathir Mohamad terpaksa juga menerima pemilihan Mohd Isa Samad sebagai calon UBN di Bagan Pinang. Beliau akur kerana itu adalah pilihan partinya. Walaupun awalnya beliau menentang pemilihan Isa kerana hendak menjaga intergriti parti tetapi Mahathir tidak boleh berkeras daripada menerimanya.

"Isa adalah pilihan parti jadi kita kena terima," begitulah kira-kira ujarnya. Dalam pada itu jelas Mahathir pandangan peribadinya terhadap Isa sebelum ini tidak boleh diterima. Beliau tidak mahu orang Umno menggunakan pakai penolakkan beliau ke atas Isa sebagai calon UBN.

Sekiranya pengakuan Mahathir itu ikhlas ia satu perkara yang boleh dipuji. Inilah sikap yang perlu ada kepada semua orang yang berorganisasi. Bila parti atau ketua membuat keputusan hendaklah dipatuhi tanpa mengira siapa kita dan cuba mengunktikan dengan pelbagai alasan lagi.

Dr Mahathir tidak melihat beliau bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dalam hal ini. Beliau menyedari siapa dirinya kini adalah ahli biasa yang perlu patut kepada keputusan parti dan juga kata orang di atas. Perangai macam Mahathir inilah yang wajar ditiru oleh sesiapa yang berada dalam pertubuhan atau pun organisasi. Mahathir tidak berdegil dengan pandangannya walaupun pandangnya itu disokong sebilang orang.

Sekiranya sikap 'tasamuh' begini digunakan pakai nescaya sesebuah parti atau pun pertubuhan itu akan aman dan dapat mengelakkan berlakunya krsis dalaman yang boleh merosakkan imej dan reputasi parti di mata umum.


Sesetengah pertubuhan atau badan siasah bermasalah bila mana ada orang yang berkeras dengan pendiriannya. Mahu orang menerima pandangannya tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Sikap merasa diri hebat, bijak dan pandai sebegitulah yang menimbulkan masalah dalam sesebuah pertubuhan.

Sumber @ http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/catatan-tengah-malam.html

KOMEN : DEGIL CHEDET DEGIL BERTEMPAT. DEGIL CHEDET DEGIL DEMI KEPENTINGAN NEGARA BUKAN KERANA DIRINYA SENDIRI. DEGIL CHEDET TIDAK SAMPAI NAK JAJA DAN JUAL NEGARA KESELURUH DUNIA. SEMEMANG KITA KENA BANYAK BELAJAR DARIPADA CHEDET TETAPI TIDAK PERLU IKUT SEMUA.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP