Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, October 1, 2009

Bagan Pinang : Kes SELCAT, Selangor PAS salahkan MEDIA

Isu berkaitan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PAS, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Ketua penerangan PAS Idris Ahmad berkata isu itu timbul kerana giat dilaporkan media yang didapatinya cuba "melaga-lagakan" pemimpin-pemimpin parti itu.

"Sebenarnya tak ada apa, cuma perkara ini diulas dengan lama dalam media. Cuma media yang dok laga-lagakan pemimpin-pemimpin ini. Bila jumpa (bercakap dengan) orang berbeza dia akan nampak seolah-olah bertelagah dan bergaduh sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau juga berkata, PAS tidak pernah membuat pendirian berhubung isu SELCAT manakala pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga tidak pernah menyatakan pendirian berhubung soal berkenaan, dalam mana-mana mesyuarat PAS..

"Itu bukan pendirian PAS, kita tak pernah bincang dalam mesyuarat," katanya ketika ditanya sekiranya isu-isu berkaitan SELCAT ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan PAS Selangor pada Isnin.

"Dalam mesyuarat PAS tak pernah bincang, isu SELCAT tidak pernah dibincang... Setakat ini pendirian PAS berkenaan SELCAT, ia mesti diteruskan," kata Idris lagi.

"Kita setuju, siapa kata kita tidak setuju sebab ini kerajaan kita dan kita buat keputusan bersama. Cuma masalahnya hanya dari segi mekanisme pelaksanaannya (SELCAT) untuk wujudkan kerajaan yang telus. Itu memang janji kita pada masyarakat," jelasnya lagi.

Ditanya lagi mengenai kenyataan Hasan Ali yang dilaporkan telah menggesa Selcat membuat rombakan, Idris berkata: "Saya tidak boleh komen sebab tidak dengar daripada mulut dia."

"Sama ada itu pendirian peribadi atau bukan peribadi, saya tidak boleh kata sebab tidak dengar daripada ucapan mulut dia. Kita tidak pernah bincang tentang SELCAT dalam mesyuarat PAS, ini tidak ada," katanya.

Sehubungan itu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menjelaskan coretan blognya yang dilaporkan Malaysiakini semalam bukanlah berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Isnin - apabila satu pertemuan khas bersama pihak-pihak berkepentingan dengan isu berkenaan, diadakan di Shah Alam.

"Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli exco yang bermesyuarat dengan exco, tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan," kata Khalid dalam tulisannya di www.khalidsamad.com itu.

"Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian," tulisnya lagi.

Khalid menjelaskan, tulisan itu sememangnya melaporkan mengenai tindakan Hasan Ali yang mengeluarkan kenyataan tanpa mengambilkira kedudukan sebagai exco.
"Dalam blog saya itu, saya cuma sampaikan hujah-hujah sama yang saya sampaikan dalam pertemuan berkenaan (pada Isnin)," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, Hasan tidak mengeluarkan kenyataan demikian dalam pertemuan tersebut.

"Tetapi itu berkenaan tindakan beliau dalam mesyuarat-mesyuarat exco sebelum ini. Bukannya pada pertemuan khas itu," kata Khalid apabila dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam.

Jelasnya lagi, Hasan Ali bagaimanapun tidak hadir pada kesemua sesi perbincangan berkenaan yang dilaporkan diadakan bersama Menteri Besar, exco negeri, speaker DUN, dan juga pegawai-pegawai daerah.

Turut mengikuti pertemuan khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan adalah SELCAT itu adalah yang dipertua pihak berkuasa tempatan serta wakil-wakil rakyat Selangor.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/113963

KOMEN : TREND YANG SAMA BERLAKU APABILA PAS MENYALAHKAN MEDIA ATAS ISU YANG MEREKA CIPTA SENDIRI. STRATEGI POLITIK MURAHAN. KALAU DULU HADI MEMULAKAN KERAJAAN PERPADUAN TETAPI BILA KENA HENTAM DEPAN BELAKANG OLEH AHLI PAS DAN PAKATAN MAKA MEREKA SALAHKAN MEDIA DAN JUGA BARISAN. MURAHNYA POLITIK PAS NI. 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP