Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang : Suaram MESTI minta MAAF kepada DR M.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tidak bertanggungjawab.

Mantan perdana menteri nampaknya tidak menyedari realiti bahawa rakyat Malaysia menentang keras ISA dan mereka mahu ianya dihapuskan segera,” kata Penyelaras Suaram, Nalini E, dalam satu kenyataan hari ini..

“Ini telah dinyatakan dengan jelas kepada kerajaan apabila ribuan rakyat mengadakan perhimpunan pada 1 Ogos lalu menuntut supaya ISA dihapuskan.

“Kami ingin mengingatkan mantan perdana menteri itu bahawa gesaannya supaya ISA dikekalkan, sudah tidak lagi relevan dan rakyat Malaysia sudah sedar dan beliau tidak boleh memanipulasi realiti seperti ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.

“Tidak ada ruang lagi bagi akta itu disemak atau dipinda. Sebaliknya, ISA seharusnya dimansuhkan tanpa lengah-lengah lagi. Mengamalkan tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara mengikut undang-undang yang digubal untuk menangani darurut beberapa dekat yang lalu, hanya mengaibkan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Menurut Nalini, Suaram juga mengutuk justifikasi yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai sebab beliau menahan 107 orang di bawah ISA dalam “Operasi Lalang” pada 1987.

Oleh itu, katanya, Suaram menggesa Dr Mahathir supaya memohon maaf kepada semua tahanan terbabit yang ditangkap dan ditahan di Kamunting tanpa bicara selama dua tahun.

Sumber @ http://www.malaysiakini.com/news/113901

KOMEN : KEBANYAKAN NEGARA DI DUNIA TERMASUK SINGAPORE SUDAH MENGENALKAN AKTA YANG HAMPIR SERUPA DENGAN ISA. YANG TERKINI INDONESIA SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMPERKENALKAN UDANG-UNDANG SEPERTI ISA. BETULKAH SEMUA RAKYAT INGIN ISA DIHAPUSKAN ATAU SUARAM BUTA MATA TIDAK MELIHAT KEPUTUSAN SURVEY YANG DIBUAT OLEH KDN TEMPOH HARI DIMANA LEBIH 50% RAKYAT INGINKAN ISA DISEMAK BUKAN DIHAPUSKAN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP