Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Saturday, October 17, 2009

1Malaysia : Zaid Ibrahim akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang baru menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu hari ini mengumumkan beliau mengambil "cuti politik" selama enam bulan selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

"Saya tidak ada sebarang kepentingan (untuk ke Sabah)...saya hendak ke sana sebagai Zaid Ibrahim,takkan itu pun tak boleh," tegasnya.

Zaid telah menerima jemputan daripada Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa pemimpin PKR Sabah untuk satu majlis pelancaran buku berkaitan perundangan dan juga majlis rumah terbuka sempena Hari Raya.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran daripada itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah.

Dan Zaid ketika ditanya sewaktu majlis pelancaran bukunya SAYA PUN MELAYU di PJ Life Arts Theatre, Jaya One di sini malam ini berkaitan 'cuti' mengejutnya itu pada mulanya enggan berterus terang.
"Saya bukannya berhenti dari parti atau marah dengan sesiapa tapi memberikan tumpuan kepada soal-soal memperkukuhkan parti.

"Saya nak pastikan Pakatan Rakyat selesaikan beberapa isu pokok... soal dasar, soal kongres kita, soal pendaftaran.. banyak lagi isu.
"Saya cuma nak berikan tumpuan. Tak ada siapa yang halang saya pergi ke Sabah.. Takan nak pergi ke Sabah pun tak boleh. Jadi tak ada isu itu," kata Zaid.
Soalnya kata Zaid beliau hendak berikan tumpuan kepada kongres, persiapan dasar dan banyak hal dan itu tujuan beliau mengambil cuti.

Namun begitu, sebaik sahaja majlis pelancaran bukunya selesai, dan ketika beliau diasak dengan soalan yang sama sekali lagi oleh wartawan mStar Online dan The Star, Zaid dengan gaya tipikalnya yang sentiasa sinikal berkata, Anwar telah menghalangnya daripada pergi ke Sabah. Dengan senyuman sinisnya dan tanpa menghuraikannya dengan lebih lanjut, Zaid kemudian beredar daripada majlis.

Untuk rekod, minggu lalu, akhbar The Star melaporkan, 18 ketua bahagian PKR di Sabah yang pro Kitingan telah mengadakan satu pertemuan untuk mendesak pimpinan pusat supaya menggantikan Azmin dengan pemimpin dari Sabah sendiri.

Mereka telah menyenaraikan tiga nama untuk mengantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah.
Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah tidak mendapat sokongan padu daripada ketua-ketua bahagian yang lebih cenderung untuk bernaung di bawah Dr Jeffrey Kitingan. Azmin juga dikatakan tidak menyenangi kelantangan Zaid mengkritik rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya para pemimpin PAS.

Pada 28 Ogos lalu, Zaid telah mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya PR menyelesaikan segala kemelut dalamannya termasuklah isu-isu kontroversi yang berlaku di Negeri Selangor sebelum bermulanya Konvensyen PR Disember ini.

Antara lain beliau mempertikaikan keputusan PAS Selangor hendak mengharamkan penjualan arak dan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam serta tindakan untuk membenarkan iman, siak dan bilal masjid menangkap atau menahan mana-mana orang Islam yang menjual atau meminum arak di negeri itu.
Zaid juga bercanggah pendapat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung isu SELCAT.

Anwar telah melantik Zaid menganggotai Biro Politik parti itu sebaik sahaja beliau diterima sebagai ahli PKR Jun lalu.Menurut Zaid, surat memohon cuti politiknya selama enam bulan itu telah pun dikirim kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan ia berkuatkuasa hari ini. Terdahulu, dalam sidang akhbarnya di sebelah petang, Zaid menjelaskan keputusannya untuk 'bercuti' itu adalah bertujuan "mengukuhkan parti" dan bukannya untuk turut terlibat dengan isu kepimpinan PKR di peringkat negeri.

Zaid juga menegaskan dengan keputusan terbarunya ini, bermakna beliau tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti tetapi mengesahkan bahawa beliau akan tetap menghadiri Konvensyen PR yang dijadualkan berlangsung Disember ini.

"Tindakan Zaid ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau berupaya melakukan apa saja yang beliau rasa sesuai untuk dirinya kerana beliau tidak bergantung hidup kepada sesiapa pun. Dan ini bukanlah kali pertama Zaid membuat kejutan," kata kenalan beliau seorang peguam dari Kota Bharu ketika dihubungi tadi.

Sumber @ http://suwaritimur.blogspot.com/2009/10/benarkah-anwar-halang-zaid-kesabah-jadi.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP