Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, October 17, 2009

1Malaysia : 75% Wakil Rakyat TAK ada di KAWASAN

Perhimpunan Agung UMNO 2009 berakhir hari ini dengan 2,541 perwakilan dari seluruh negara menyahut seruan Presiden UMNO untuk bangkit menjadi parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat.
Para perwakilan memberi akujanji sedemikian ketika Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan beberapa pertanyaan kepada mereka di hujung ucapan penggulungannya.

"Nampaknya semangat kita dah berkobar-kobar. Saya nak tanya adakah tuan-tuan sudah bersedia untuk berubah?
Para perwakilan dengan nada sederap menjawab 'Ya!'

Najib dalam nada suara yang lantang terus bertanya: "Apakah tuan-tuan dan puan-puan bersedia untuk bekerja? Apakah tuan-tuan akan mendekati rakyat? Apakah tuan-tuan bersedia menjadi parti yang kuat? Apakah tuan-tuan bersedia berkhidmat untuk rakyat?

Para perwakilan terus memberi jawapan "Ya!" pada setiap pertanyaan Presiden secara serentak.
Najib menegaskan, sekiranya ahli-ahli UMNO sudah bersedia, mereka perlu bingkas bangun berjuang menyebarkan UMNO ke kawasan masing-masing sama ada di desa atau di kota.
Semua ahli UMNO kata beliau, perlu menguatkan semangat dan berjuang habis-habisan bagi melaksanakan tanggungjawab itu.

"Semboyan telah berbunyi. Marilah kita bingkas bersama-sama bangun, balik ke desa, kota, tebarkan UMNO, kuatkan semangat kita, berjuang habis-habisan. Insya-Allah UMNO akan jadi parti yang kuat, parti yang berjaya nanti, insya-Allah," katanya.

Mulai hari ini kata Presiden UMNO, setiap ahli perlu balik ke kawasan masing-masing dan berusaha menambah ahli parti bagi tujuan menguatkan UMNO.

Menurut Najib, ada dua perkara penting dalam politik di negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
"Pertama ia adalah permainan angka iaitu bilangan. Jika kita ada bilangan lebih, kita menang senang saja.
"Masa saya mula-mula masuk politik dahulu, masa kita kuat, saya tak perlu fikir banyak-banyak pergi rasmi cawangan UMNO dan cukup, gerenti menang tapi sekarang tak boleh macam tu lagi," katanya.
Oleh kerana itulah kata beliau, UMNO mesti mempunyai program outreach bagi mendekati orang ramai.
Menurutnya, setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mesti menyokong UMNO.

"Jika mereka menentang kita, kita kena dekatkan diri dengan mereka, silap-silap mereka akan sokong kita," katanya.

Presiden UMNO menegaskan, beliau berani menyatakan sedemikian kerana cukup yakin UMNO pada saat ini dan ketika ini bersedia untuk bangun sebagai satu kekuatan baru.
Sebelum ini, kata Najib, beliau merasa agak gusar memikirkan sama ada ahli-ahli parti sudah pulih dari segi semangat akibat 'ujian besar' yang dilalui setahun lalu.

"Selama satu tahun saya berasa begitu gusar. Agak gundah-gulana juga hati saya melihat sama ada ahli-ahli parti kita sudah pulih dari segi semangat ke tidak, sudah boleh bangkit semula atau pun tidak, sudah sedar atau pun tidak, sudah benar-benar insaf atau pun tidak.
"Maka pada hari ini bila saya berdiri depan tuan-tuan dan puan-puan segala kesangsian itu sudah luput sama sekali," tegasnya.

Sumber @ Malaysia-Instinct

KOMEN : SETAKAT NI SURVEY MENUNJUKKAN 75% WAKIL RAKYAT TAK BERSAMA RAKYAT. SEMUGA JANJI untuk bangkit menjadi parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat MENJADI KEYATAAN.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP