1Malaysia : AnWAR kencing Jeffery Kitigan
Rakyat khususnya penyokong PR baik di seluruh negara ataupun Sabah khususnya mengharapkan isu kepimpinan PKR di Sabah akan diselesaikan dengan baik setelah episod Azmin Ali yang ditolak kepimpinannya. Mengapa bahagian di Sabah menolak Azmin seharusnya difahami dengan teliti oleh Anwar, selaku ketua PKR.
Anwar dikatakan berpengalaman luas dalam politik, semua rakyat mengakui ketokohannya, dan selaras dengan ini rakyat dan penyokong PKR terutamanya di Sabah mengharapkan Anwar menggunakan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan kemelut politik dan kepimpinan PKR di Sabah. Kalau PKR Sabah mantap, ini bukan sahaja mencerahkan harapan untuk menang dan menguasai negeri ini di PU akan datang, tetapi juga akan memberi kesan yang positif kepada anggota PR yang lain, seperti DAP dan PAS.
Malah mungkin dengan penyelesaian yang baik dan menggembirakan rakyat Sabah, PR juga akan mendapat sokongan dari parti-parti lain di Sabah yang menentang BN. Tetapi malangnya, Anwar tidak melihat peluang ini. Dia melantik Thamrin. Siapa Thamrin?, begitu teman saya bertanya. Saya jawab, saya pun tak kenal. Mungkin dia `tokoh besar’ dalam politik Sabah, saya menjawab sinis. Teman saya ketawa terbahak.
Saya diberitahu melalui beberapa sumber, hampir 80 peratus bahagian Sabah mahu Jeffrey dilantik sebagai Ketua PKR Sabah. Saya fikir ini suatu tuntutan yang wajar. Jeffrey sudahpun memegang jawatan Naib Presiden PKR, jadi apalah salahnya maka beliau tidak diberi kepercayaan memimpin Sabah, lebih-lebih lagi dalam keadaan PKR terumbang ambing sekarang.
Berbalik kepada Jeffrey. Memang dia sebelum ini ahli kepada beberapa parti politik – macam Ibrahim Ali di Malaysia lah. Rais Yatim, Shabery Chik, Tengku Razaleigh pun pernah bertukar parti. Tetapi Jeffrey di lihat satu-satunya tokoh politik Sabah yang boleh dikatakan setanding dengan pemimpin politik lain (BN) di Sabah. Beliau dikenali oleh seluruh rakyat Sabah dan telah melalui banyak pengalaman, pernah ditahan bawah ISA. Ketika Anwar sibuk menjaja projek 16 September untuk menarik kononnya ahli parlimen Sabah melompat ke PKR (atau PR) sebagai agenda menubuhkan Kerajaan Pusat, Anwar gagal menarik walau seorang ahli Parlimen Sabah (dan Sarawak) ke dalam PKR.
Demikanlah, apabila krisis Sabah tidak dapat dibendung lagi, Anwar terus mengambil tindakan. Tetapi ternyata, tindakan yang diharapkan dapat menyelesaikan krisis, rupa-rupanya tidak. Perlantikan Thamrin, juga dibantah. Kalau saya dari Sabah pun, saya akan bantah. Anwar dikatakan memilih Thamrin kerana dia orang `kuat’nya. Inilah masalah Anwar, selalu memilih orang kesukaannya dan melupakan kekuatan tokoh seperti Jeffery. Beliau seorang intelektual, masak dalam politik malah boleh berdepan dengan mana-mana tokoh politik dari BN, termasuk Musa Aman. Anwar sepatut nya hadir sendiri di Sabah, berjumpa dengan semua Ketua Bahagian (25 orang).
Baca kisah menarik Anwar kencing Jeffery Kitigan @ http://dinmerican.wordpress.com/2009/10/27/anak-banggau-mengapa-tidak-pilih-jeffery-ketua-pkr-sabah/
KOMEN : ANWAR NI MEMANG KAKI KENCING BILA DI NAK DIA AMBU TAPI BILA DIA TAK NAK DI TENDANG TEPI. TENGOK APA JADI PADA EZAM, NALLA, CHANDRA MUZZAFAR, ROSLAN KASSIM DAN TERKINI ZAID IBRAHIM NEXT KHALAID IBRAHIM.... SUATU HARI ANWAR PULAK KENA TENDANG DENGAN RAKYAT.
SEMUA AHLI PKR SABAH PULANG SAJA KEPANGKUAN BARISAN NASIONAL. TINGGALKAN PERJUANGAN PKR YANG MEMENTINGKAN KRONI TU ....
0 comments:
Post a Comment