Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, October 27, 2009

EGM PAS : Analisa Menjelang Mesyuarat PAS Esok

Dalam pada itu berhubung dengan apa yang berlaku kini saya sudah dengar berbagai andaian dan spekulasi mengenainya. Dapatan atau input ini yang saya perolehi dari berbagai sumber dari ahli biasa Pas sampailah dari pemimpin tertinggi sejak dari kelmarin hingga ke saat ini.

Kesimpulannya ke atas apa yang meletuskan kini ialah;

* Wujud tanggapana Nik Aziz telah diperalat oleh Husam Musa dan puak Prolib (Profesional - Liberal) yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamar yang lalu. Kononya Husam Musa telah menggunakan Annual Bakri dan Abdul Aziz Bari untuk memberi idea kepada Tok Guru.


* Masalah yang menganggu Pas kini juga turut sama disebabkan oleh adanya campur tangan Anwar Ibrahim sendiri menerusi Abdul Aziz Bari.




* Nik Aziz membuat kenyatan demikian kerana beliau mendapati masih ada kerja-kerja dan usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno.


* Ada juga yang mengatakan masalah yang berlaku sekarang ini adalah permainan Umno yang bijak menggunakan kebebasan media untuk menganggu Pas dan Pakatan Rakyat.


* Isu yang berlaku sekarang ini adalah sandiwara Pas sahaja untuk mempermain dan memperkenakan UBN.


* Ada yang beranggapan isu EGM ini dicipta khas oleh seseorang bagi mengambus isu dalam Pas iaini berkaitan dengan kejadian seorang Exco Pas yang menumbuk tetamu rumah terbuka Pas beberapa hari lalu.


* Dan ada juga yang membuat rumusan apa yang berlaku sekarang ini disengaja untuk damagekan Nik Aziz sebagai pemimpin dengan harapan Nik Aziz berundur sebagai MB sebelum menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Berdasarkan dapatan, simpulan dan ulasan-ulasan itu, marilah sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Sesungguhnya hari esok penuh dengan debaran tetapi akhirannya sudah dapat dibaca. Daripada ramalan dan rumusan tadi sudah tentu salah satunya akan menjadi kenyataan. Kita lihat siapa yang kena!

Ataupun mesyuarat khas itu akan berakhir dengan sidang akhbar menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa isu dan masalam dalam Pas ketika ini. Apa yang berlaku hanya strategi media penjilat buntut kerajaan yang sengaja memperbesar-besarkan isu saja.-Analisa MSO.

KOMEN : YANG PASTI TERKENA ADALAH UMNO YANG SENTIASA DIJADIKAN ALASAN OLEH PAS DALAM SENGKETA DALAMAN YANG BERLAKU SETELAH MUKTAMAR. HAJI HADI MENYALAHKAN UMNO DALAM ISU KERAJAAN PERPADUAN. HASSAN ALI MENYALAHKAN UMNO DALAM ISU ARAK DI SELANGOR. DAN KALI INI PASTI SALAH UMNO ... MUNGKIN ADA PEMIMPIN UMNO YANG BERBISIK SESUATU DI TELINGA NIK AZIZ ....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP