Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, October 28, 2009

EGM PAS : Gabungan Hassan Ali dan Ustaz Nasha resahkan PUAK ERDOGAN

Malam tadi selesai sudah pertemuan antara Blogger - blogger dan pimpinan kontroversi PAS yang telah mencetuskan persoalan di benak - benak Fikiran iaitu Ustaz Nasha dan Hasan Ali di kediaman Dr.Hasan Ali di Taman Tun Dr.Ismail.Hasil pertemuan bersama blogger itu beberapa kenyataan yang begitu "menggusarkan" telah di buat oleh Ustaz Nasha.Antara kenyataan - kenyataan itu ialah ;




1.Isu kerajaan Perpaduan antara PAS dan Algojo ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Tuan Guru Nik Aziz tiada dalam perbincangan ini.

2.Seluruh Pimpinan PAS lah yang telah mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini yang di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden tertinggi PAS.

3.Datuk Husam Musa memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar Ibrahim meresap masuk dalam Politik PAS.

Setelah di teliti dan dilihat dengan lebih terperinci boleh lah mengatakan bahawa pertemuan ini langsung tidak ada usaha dari mereka berdua untuk mengambil sikap mempertahankan diri dari serangan media hasil dari tulisan blog TGNA. Mereka berdua hanya membawa kita kepada fakta dan sejarah kepada timbulnya isu ini. Semua Rakam sama ada catatan atau audio telah di buat dengan teliti berpandukan kepada apa yang telah diperkatakan oleh kedua tokoh ini.



Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau.



Pertemuan dan perbincangan itu berakhir sekitar jam 11.00 malam dan selepas itu kami dijamu dengan durian. Dalam sakit kepala tak habis lagi sebab makan durian semalam, malam ni saya sebat lagi dan sebelum tu kami dijamu dengan nasi beryani. Terdapat beberapa KEJUTAN maklumat yang sebelum ini tidak disebut-sebut dan diwar-warkan di media telah disebutkan oleh Ustaz Nasha dan Dato' Hassan sendiri. Kandungan penuh KEJUTAN itu akan dimuatkan pada artikel KHAS yg akan diterbitkan dalam Akhbar pada khamis ini, selepas Sidang Mesyuarat Khas Pusat yang akan berlangsung esok, rabu 28hb. Oktober. InsyaAllah ! Alhamdulillah, hasil bicara yg diadakan malam kelmarin telah dirakam untuk rujukan.

Tapi dari kenyataan - kenyataan mereka telah menampakkan lagi akan kegusaran itu. Adakah mereka mahu PAS keluar dari Pakatan atau mereka sendiri yang mahu blah? sama - sama kita nantikan Khamis ini!

Sumber @ http://bloglistpolitik.blogspot.com/2009/10/kenyataan-nasha-dan-hasan-ali.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP