Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Saturday, October 17, 2009

1Malaysia : GEMPAR Zaid Ibrahim keluar PKR join Makkal Sakhti

MN

Oleh UNTA BELANG


Siapa tak kenal Zaid Ibrahim, bekas menteri dan peguam yang berfahaman liberal serta keras menentang perlaksaan hukum-hukum Islam dalam negara. Zaid pernah digugurkan oleh Umno Kelantan, malah Zaid pernah dikaitkan dengan politik wang sehingga digantung dari jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu.
Semua orang tahu yang Zaid sampai sekarang tidak mengaku kejayaannya mengumpul kekayaan yang melimpah ruah itu adalah hasil pertolongan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN), dia tetap berkeras menyatakan kejayaan itu adalah hasil titik peluhnya sendiri, hehehe, apa-apa ajalah.

Unta Belang masih ingat bagaimana Unta Belang 'menyusup' masuk ke sidang akhbar sewaktu beliau mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR tak lama dulu

Dalam sidang akhbar tersebut, Zaid dengan bangganya berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu.
"Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.
"Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan," katanya.
Dalam sidang akhbar itu, Zaid mendakwa kononnya beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.
Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep "multi-racial" yang diperjuangkan parti itu. Macam siot tak bunyinya?

Waktu itu Unta Belang tengok 'taukeh' PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim punyalah senyum macam nak pecah lubang hidung. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila mikrofon digenggamannya, Anwar apalagi terus puji meleleh si Zaid ni. Anwar kata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu adalah satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan PKR.

"Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan," katanya.

Lepas disahkan kemasukannya dalam PKR, si Zaid ni apalagi. Setiap ucapan atau tulisannya selepas itu tak lain dan tak bukan, hanya menghentam BN saja bunyinya, Zaid pernah menuduh kerajaan BN tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.Dia pernah kata Najib tak mahu dengar dan tak terima pandangan masyarakat.

Tak cukup dengan itu, Zaid pernah mendakwa polis bekerjasama dengan UMNO dan BN supaya rakyat takut kepada mereka.Ujar Zaid, sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain.

Tegasnya, inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Zaid juga pernah mendabik dada sambil mendakwa pihaknya sentiasa berada di landasan yang benar kerana menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Aduhhhhhhhhh, bab ni Unta Belang rasa betuk-betul nak tergelak.Justeru itu apabila mendengar berita yang beliau nak bercuti enam bulan dari PKR semalam, Unta Belang sikitpun tak hairan.Kalau Unta Belang adalah Anwar Ibrahim, jangan kata cuti enam bulan, cuti terus pun Unta Belang luluskan.Inilah perangai dan sifat Zaid yang sebenarnya, kejap ke kiri dan kejap ke kanan...hanya dirinya saja yang dia rasa betul.

Kalau dulu Zaid hentam Pak Lah dan Najib, sekarang masanya untuk Anwar pula merasakan apa yang pernah kedua-dua pemimpin itu lalui sebelum ini.Unta belang rasa sudah tibalah masanya Zaid tubuh parti sendiri.Kalau rasa payah, Unta Belang cadangkan beliau masuk saja parti Makkal Sakhti, untung-untung boleh dapat jawatan Presiden atau paling kokak pun Timbalan Presiden.Tapi seandainya dalam Makkal Sakhti pun dia tak serasi, masuk sajalah party tupperware, hidung senang, hati pun tak sakit!

Macam-macam Zaid...

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP