Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, September 8, 2009

KUIL SHAH ALAM : HINDU SAGAM KECEWA

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA H1N1) Hindu Sangam Malaysia hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membekukan pemindahan kuil Hindu yang berusia 150 tahun - dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

"Kita kesal dengan keputusan beliau kerana bagi kami, Seksyen 23 adalah sebuah tempat yang sesuai," kata Presidennya, S Mohan kepada Malaysiakini.

Berdasarkan lawatannya ke tapak yang dicadangkan itu, Mohan berkata, beliau mendapati ia terletak 600 meter dari kawasan kediaman dan bukan 200 meter seperti yang dinyatakan oleh ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Di samping itu, terdapat taman permainan dan sebuah dewan yang terletak antara tapak tersebut dengan kawasan kediaman. Saya juga mendapat tahu sebuah kilang yang akan dibina di antaranya. jadi (secara teknikal) kuil itu lebih dekat dengan kilang dan bukannya dengan kawasan perumahan," katanya.

Menurutnya, masa depan kuil tersebut akan gelap kerana mungkin tidak ada kawasan yang sesuai untuk memindahkannya di Shah Alam yang bermajoriti penduduk Melayu.

"Keputusan yang dibuat semalam juga menunjukkan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibina di mana-mana pun di Malaysia kerana kita tidak mempunyai banyak kawasan majoriti bukan Islam (kecuali) di kawasan hutan atau di tepi sungai. Ia tidak adil kepada (masyarakat India)," kata Mohan.

Beliau yang baru dilantik mengetuai Hindu Sangam berkata, pihaknya bersedia bertemu dengan Abdul Khalid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara tersebut dan menyelesaikan isu pemindahan kuil berkenaan yang sudah berlarutan sejak 26 tahun lalu. - Malaysiakini

Polis hari ini membebaskan kesemua 16 orang termasuk tiga wanita yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perarakan nyalaan lilin dari Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, menghala ke Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata kesemua mereka dibebaskan pagi ini dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkod.

"Siasatan masih lagi dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Mereka yang ditahan itu, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar. Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ. Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain. Polis kemudiannya bertindak menyurai perarakan tersebut. - Malaysiakini

KOMEN : KESIAN KAT PUAK-PUAK HINDU NI YANG SEMAKSIMUMNYA DIGUNAKAN OLEH PIHAK PAKATAN UNTUK MENAIKKAN SENTIMENT PERKAUMAN SUPAYA RAKYAT BENCI KEPADA PEMERINTAH. KERAJAAN KELIHATAN ZALIM KEPADA KAUM INDIA ... KESIAN MEREKA INI. INI POLITIK KOTOR TAPI PASTI ADA PEMBALASANNYA KEPADA YANG MERANCANG .....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  September 8, 2009 at 5:55 AM  

ee. bila nak settle masalah ni! naik muak dah aku

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP