Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, September 8, 2009

SELANGOR : AnWAR cari 3 ADUN PKR dan Pagi ni Najib mengadap Sultan

(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA H1N1) Command Centre misi 'Serangan Waktu Subuh' kami yang terletak di tepi federal highway tidak putus-putus menerima panggilan telefon,walkie talkie,internet dan sebagainya untuk melaporkan info-info misi menawan kembali Selangor. Ada info yang boleh kami kongsi bersama dengan anda. Ada juga yang tidak boleh.

Di sebalik ribuan kenderaan yang melintasi federal highway,tiada siapa yang tahu ada pejabat kecil yang menjadi pusat operasi kami. Kami nampak orang ramai dan orang ramai nampak kami, tapi apa yang kami lakukan mereka tidak tahu. Walaupun kecil, pejabat ini cukup untuk memuatkan saya dan GAP serta beberapa pegawai dan ketua operasi kami.

Sampai bila kami akan terus berkampung disini saya tidak tahu. Silap haribulan saya dan rakan-rakan berhari raya di command centre ini. Manalah tahu,mungkin juga kerajaan Selangor akan bertukar di pagi hari raya.

Berita terkini yang kami terima ialah tiga orang Adun PKR telah hilang sejak beberapa hari lepas. Telefon mereka juga tidak dapat dihubungi. Anwar Ibrahim telah mengarahkan orang-orang beliau mengesan tiga Adun ini. Mereka yang hilang adalah

Adun Kajang,Lee Kim Sin @ Cikgu Lee
Adun Bukit Melawati , M.Multhiah
Adun Batu Caves, Amirudin Shaari

Dua di antara mereka ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Ezam Md.Nor,manakala Adun Bukit Melawati pula adalah bekas ahli MIC dan rapat dengan Cikgu Parthiban, Adun BN yang menang dalam PRK Ijok 2007.

Cikgu Lee orang lama dalam PKR,tetapi beliau tidak rapat dan tidak percaya kepada Anwar. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakannya.

Amirudin Shaari pula adalah anak didik Ezam semasa dalam PKR dulu. Amirudin telah dididik oleh Ezam sejak dari UPM lagi. Sehingga sekarang beliau masih lagi rapat dengan Ezam dan sering melaporkan maklumat-maklumat terkini Selangor kepada Ezam atau pembantu Ezam, Sd Johari. Amirudin juga sudah mula cuak dengan perangai Anwar sekarang dan beliau juga sudah tidak percayakan Anwar lagi. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada Ezam dan Sd.Johari.

Kenapa mereka semua hilang ? - ruang bicara faisal

Telefon komanden command centre kami berbunyi lagi. Saya dan GAP baru saja nak keluar melilau di Mid Valley. Kena masuk balik kerana ada berita baru.

Panas !!! Panas !!! Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN Selangor dijangka mengadap KDYMM Sultan Selangor pagi esok.

Dikhabarkan, Istana memperkenankan Datuk Seri Najib mengadap terlebih dahulu, kemudian baru diikuti oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim sejam selepas itu.


sumber : ruang bicara faisal

BERMINAT NAK MENJADI RAKAN USAHAWAN SAUDACARE, JADILAH YANG PERTAMA SEBELUM YANG LAIN @ ONE MALAYSIA BLOGSHOPS atau SMS : Taip ANSAR <> INFO hantar ke 36553 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP