Azli Shukri : Kelemahan AnWAR ada pada Wan Azizah dan Nurul Izzah
(DAPATKAN PENAWAR SELSEMA H1N1) Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan di sini. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim tidak takut untuk berhadapan dengan mahkamah dan kebenaran. Pada hari ini, tiada apa-apa pun yang menakutkan Anwar Ibrahim. Sama ada betul atau tidak beliau meliwat Saiful, itu bukanlah pokok isunya- malah, isu ini juga tidak berupaya lagi untuk menjejaskan kredibiliti Anwar. Isu ini, menurut para penyokong Anwar, merupakan isu kitar semula, malah jika sekali pun Anwar terbukti bersalah, Anwar akan tetap menjadi hero dan akan mendakwa bahawa beliau sudah dianiaya, dan para penyokongnya akan tetap percaya. Pada hemat saya, untuk menewaskan Anwar, para pemimpin UMNO tidak lagi boleh bergantung harap terhadap isu liwat ini bagi menumbangkan politiknya. Jauh sekali untuk menjatuhkan maruahnya. Silap hari bulan, isu ini akan diputar belitkan oleh Anwar sehingga pihak kerajaan pula yang seolah-olah bersalah.
Isu liwat ini sudah dicongak oleh Anwar secara detail, tujuan Anwar menangguh-nangguhkan isu ini bukanlah bertujuan untuk mengelak daripada dijatuhkan hukuman, sebaliknya Anwar mahu isu ini berjalan terlalu lama, sehingga "panas"nya isu ini akan menjadi suam dan akhirnya tidak lagi dipedulikan oleh masyarakat. Anwar tahu rakyat cepat berasa bosan, lantaran itu, jika Anwar berjaya menjadikan isu liwatnya ini sebagai isu yang membosankan rakyat, maka itu sudah dikira sebagai kemenangan untuk Anwar. Kedua, Anwar sememangnya mahu agar mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya, hanya dengan cara ini sahajalah rakyat akan disogok dengan cerita kononnya kerajaan dan UMNO menggunakan skrip lama bagi menghalang kebangkitan Anwar untuk menjadi PM Malaysia.
Anwar sudah merancang semua ini, malah saya juga mengesyaki, bahawa Anwar (jika benar) meliwat Saiful merupakan sebuah agenda peribadi Anwar yang sudah lama dirancangan , tanpa pengetahuan Saiful. Dan apabila saiful menjadi mangsa liwat, sudah pasti Saiful akan menuntut keadilan. Anwar tahu bahawa Saiful akan membocorkan isu ini kepada umum. Maka dengan cara itu, nama Anwar akan sentiasa dijulang-julang dan beliau akan segera didakwa sebagai mangsa kepada para pemimpim UMNO yang masih dengki dengan pengaruhnya. Hakikatnya, apabila beliau meliwat Saiful (jika benar), Anwar mahu cerita itu tersebar, kerana beliau tahu , beliau boleh memanipulasikan isu tersebut sehingga beliau akan dianggap sebagai mangsa yang yang sering dizalimi.
Buktinya, sekali pun Saiful bersumpah, Anwar tetap menang besar di Permatang Pauh! Anwar tahu benar, isu liwat boleh menguntungkan agenda politinya. Jadi, kerajaan dan pempimpin UMNO jangan terpedaya berhubung isu ini. Kita jangan terbawa-bawa untuk menjatuhkan Anwar, maka kita menunggu kes ini selesai di mahkamah. Dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada Anwar. Ia tidak akan berhasil. Anwar sememangnya mahu, isu ini deperbesar-besarkan, Anwar mahu isu ini sentiasa mendapat liputan dunia - lantaran itu beliau akan melakukan apa-apa sahaja agar isu ini terus segar, sekali gus meningkatkan simpati dunia dan masyarat Malaysia. Kita sudah kena tipu dengan Anwar selama ini. Anwar mahu isu ini terus dimainkan oleh media massa sehingga PRU-13. Anwar menangguhkan isu ini berkali-kali bukan kerana beliau takut, sebaliknya mahu dijadikan modal politiknya - agar apabila sampai masanya yang sesuai, Anwar akan menggunakannya semaksima mungkin isu untuk menekan kerajaan dan meraihl simpati rakyat, kononnya beliau telah dizalimi. Inilah sikap Anwar.
Anwar tidak bimbang sama ada beliau didapati bersalah, atau pun tidak oleh mahkamah dalam isu ini - yang penting beliau tetap akan menang juga - khususnya dalam bentuk persepsi. Pada hemat saya, Anwar sememangnya sudah merancang lebih awal untuk meliwat Saiful, agar isu ini terus dimainkan sehingga PRU-13. Anwar mahu pihak kerajaan dan UMNO terus-menerus menuduhnya sebagai peliwat, kerana beliau percaya hanya dengan isu ini sahaja beliau boleh menang dan mengambil simpati rakyat.
Sebab itu, jika kita perhatikan rakyat sudah tidak peduli dengan isu ini lagi. Sekali pun Anwar didapati bersalah, rakyat yang menyokongnya tetap tidak akan berubah dengan menyokong UMNO kembali. Percayalah, isu liwat ini tidak akan berjaya menghancurkan Anwar. Anwar akan hancur dengan satu cara sahaja, iaitu - melalui Nurul Izzah dan Wan Azizah! carilah klu di situ! Saya percaya mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan teori saya ini - namun demikian, saya yakin Anwar sudah merancangnya, kerana adalah mustahil bagi seorang ahli politik yang licik seperti Anwar ini sanggup mengambil risiko setelah dibebaskan daripada penjara dengan melakukan kembali perbuatan lamanya, tanpa membuat perhitungan dan congakkan untung rugi politiknya! Pasti ada maksud tersirat mangapa Anwar sanggup melakukan perkara tersebut terhadap Saiful! Wallahualam.
Sumber : Azli Shukri
0 comments:
Post a Comment