Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Tuesday, August 18, 2009

PAS SELANGOR : ISU ITU TERLALU PANAS (KONSPIRASI DALAMAN) PART 2

(Dapatkan Penawar Selsema Babi) Penulis blog Malaysia Waves - yang mendedahkan konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor - berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk berdepan dengan ugutan saman terhadapnya.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa tindakannya menarik balik artikel berjudul 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor "bukan takut, tetapi untuk melindungi pemberi maklumat saya."

Artikel tersebut ditarik balik kurang 24 jam selepas ia disiarkan dalam blog tersebut.

Tulisan tersebut, antaranya mendakwa bekas calon PAS Suwardi Yaacob merupakan dalang utama yang merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS.

Mereka yang didakwa mahu disingkirkan antaranya Saari Sungib (Hulu Kelang dan bekas ketua penerangan PAS negeri), Dr Halimah Ali (Selat Kelang dan exco kerajaan Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mengulas kandungan artikel itu, penulis blog tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai 'Tulang Besi' mempertahankan kewujudan mesyuarat konspirasi itu yang dihadiri beberapa tokoh penting PAS Selangor pada 31 Julai lalu.

"Dulu saya antara orang terawal mendedahkan rundingan sulit PAS-Umno, sebelum (bekas perdana menteri) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) umumkan lagi. Semua orang kata saya tipu. Tetapi akhirnya terbukti betul. Perkara ini lebih kurang macam itu juga.

"Pada pagi pilihanraya umum tahun lalu, saya yang buat panggilan kepada pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Dr Hasan Ali), beritahu kita akan menang Selangor, bersedialah untuk angkat sumpah," jelasnya, sambil mencabar ahli PAS bertanyakan perkara itu kepada Dr Hasan.

Sehari selepas memuatkan artikel itu di Malaysia Waves, Tulang Besi menarik kembali tulisan yang didakwanya diterima daripada sumber dalaman PAS Selangor atas permintaan "tuan punya surat".

Menurutnya, kerana merasakan isu ini terlalu panas, maka pemberi maklumatnya takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Artikel yang sama dimuatkan dalam Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com), menyebabkan blog milik Topeng Perak itu turut menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi supaya memohon maaf terbuka, yang mesti turut diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan.

Tulang Besi juga berkata beliau tidak menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi buat masa ini, termasuk melalui emel.

"Saya tidak pasti, mungkin masuk dalam spam," tambahnya.

Sementara itu, firma guaman - Tetuan Zulpadli & Edham yang menghantar surat bagi pihak Suwardi - berkata pihaknya belum menerima arahan dari anak guamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Manakala Suwardi, ketika dihubungi Malaysiakini, enggan mengulas perkara itu.
"Tanya dialah (bloger)," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Media Cyber August 19, 2009 at 12:04 AM  

kesian .. blogger plak dipersalahkan... kahkahkahkah! tuan dia tau bayar gaji jer.. padan muka!

Tungaklangit August 19, 2009 at 12:54 AM  

inilah pemimpin PR hanya tahu menyaman dan mengugut kepada semua pihak yang tidak sealiran dengan mereka...

kalau tidak bersalah maka mahu meminta blogger berkenaan menarik balik artikel yang menceritakan isu dalaman tersebut...

salam

Yang Terbuku Di Hati

YB dan x-YB

Minda Bebas

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP