Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Tuesday, August 18, 2009

Nik Aziz : Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh part 5

(Dapatkan Penawar Selsema Babi) Utusan kata : Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota UMNO tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.
Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota UMNO tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

“Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli UMNO. Ahli UMNO dan penyokong UMNO lain, dua perkataan berbeza,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Nik Aziz berkata, mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.“Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,” katanya. 

Malaysiakini kata : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berkata 'ahli Umno tidak masuk syurga' dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutarbelit kenyataannya itu. Berikutan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwanya telah menokok tambah kenyataannya itu.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan Nik Aziz berkata beliau biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, "saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain. "Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Nik Aziz turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Mengenai kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

KOMEN : SUNGGUH AKU MEMANG TAK TENGOK SECARA LIVE APA NIK AZIZ KATA. MESTI ADA KAT YOUTUBE NI.....ADAKAH SESIAPA YANG BOLEH SIARKAN BALIK??? AKU PUN NAK TUNGGU KOMENTAR DARI MSO. BAGI AKU BILA CERITA POLITIK NI BIASALAH BILA PUAK UMNO CERITA NANTI TABLOID KEADILAN DAN PAS AKAN KATA GINI GITU. BILA PUAK PAKATAN KATA NANTI MEDIA BARISAN KATA GINI GITU.....SELAGI BERPOLITIK GITU-GITU LAH...KEMUDIAN SEBUT SALAH PETIK.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  August 18, 2009 at 10:16 PM  

elehhh.....malu2 la kunun... nik aziz oiii....nasib baik la suratkhabar tu tulis kalau tak abis di ratip ayat tuan guru tu utk maki hamun umno.

dua akhbar report benda yg sama tak mungkin silap petikk. nik aziz dah ngalah la tu tok2 mufti nak bersidang.

dgn org2 umno boleh la dia eksen, cuba yg pandai agama, kecut telo dia.

hj. karim

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP