Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 19, 2009

Nik Aziz : Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh part 5 (Update)

(Dapatkan Penawar Selsema Babi) Yang ditunggu dah tiba blog MSO pasti akan ulas isu Nik Aziz dan aku memang suka baca ulasan beliau, ni sebahagian dari ulasan beliau :

SEPERTI mana diduga 'fatwa' Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berbunyi ahli Umno tidak masuk syurga sudah kecur dan menjadi modal besar kepada UBN. UBN telah pun mula menjajanya. Beberapa ustaz dan Mufti yang kontrak (cari makan) dengan kerajaan juga ikut sama membantu menjaja dan menjual fatwa itu untuk memburuk Mursyidul Am itu.

Hari ini Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku disebalik terkeluarnya fatwa berkenaan. Beliau menafikan laporan yang dipetik akhbar berkenaan dan menganggapnya ia perbuatan jahat. Katanya dia tidak pernah menyebut perkataan ahli Umno. Apa yang beliau biasa sebut ialah penyokong Umno. "Saya tidak biasa sebut ahli Umno tetapi menyebut penyokong," katanya. Sah yang menukar istilah itu ialah wartawan yang menulis laporan itu.

Soalnya kini siapakah yang berbohong mengenai laporan berhubung kenyaaan Mursyidul Am itu? Apakah Nik Aziz atau wartawan yang menulisnya atau akhabr yang memetik laporan itu? Malang tidak ada audio video yang disiarkan di tv atau pun di mana-mana youtube untuk dijadikan sebagai bukti.

Walaupun mungkin Nik Aziz benar namun kalau ianya tidak disokong oleh audio video mungkin sukar untuk orang ramai menyakininya ini kerana sebelum ini Tok Guru ada juga melakukan kesilapan. Begitu juga sebaliknya kalau media yang melaporkan itu benar jika tidak ada saksi ia boleh diragui. Apa lagi persepsi umum kepada media arus perdana begitu buruk sekali. Apabila Nik Aziz membuat penafian dan bercadang untuk menyaman, maka jelas yang silap kini ialah wartawan dan media berkenaan.

Kali ini nampaknya Nik Aziz bertertib dan mengutamakan adab dan disipilin dalam membuat kritikan. Sememangnya sesiapa juga hendak mengkritik seseorang berhubung isu yang timbul mendapat maklumat yang cerap dan sahih untuk mengelakkan fitnah. Saranan Nik Aziz itu memanglah tepat dan perlu diberikan perhatian. Namun malangnya ada kalanya beliau juga tersasar dalam hal ini.

Apa yang beliau ke atas diri Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa adalah contohnya. Nasaruddin menjadi mangsa hidup-hidup disebabkan kelalaian Nik Aziz untuk bertanya secara direct kepada timbalan presiden Pas itu berhubung kerajaan perpaduan tetapi lebih percaya kepada laporan dan maklumat yang disampaikan di balik tabir kepadanya. Sikap Nik Aziz di sini ada sedikit double standard. Walaupun beliau akhirnya meminta maaf namun apa yang beliau lakukan itu memberi kesan kepada individu lain.

Begitu juga dengan para wartawan dan pemberita yang tidak faham maksud sebenar dikeluarkan seseorang tokoh atau sumber hendaklah menyelidik dan menyemaknya. Kelalaian dan kesalahan dalam membuat laporan ini ia boleh menyebabkan timbul masalah dan menyusahkan banyak pihak. Misalnya dalam kes Nik Aziz dan fatwa yang dilaporkan itu telah menimbulkan masalah dan sekaligus menyebabkan maruah Melayu dan Islam tercemar disebabkan ulah sesama sendiri.

Bila Melayu mempertikaikan keimanan sesama sendiri, soal siapa masuk syurga dan siapa ke neraka, sangat mengaibkan. Apakah kita tidak sedar bangsa lain dan penganut agama lain sedang memerhatikan kita yang masih belum pasti mengenai jalan (wasilah) yang kita lalui kini sama ada benar atau batil.

KOMEN : TAK MAHU KOMEN LAH ... CUMA NAK TUNGGU LAPORAN PERCAKAPAN TEOH YANG NAK DIDEDAHKAN OLEH SPRM....CUMA TERFIKIR ISLAM YANG TAK SOKONG PAS TAK SOKONG UMNO BOLEH KE MASUK SYURGA YA!!! 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  August 19, 2009 at 9:49 AM  

tak sokong mana2 parti pun boleh masuk syurga kalau seseorang tu bersifat baik kelakuannya... sape yg percaya dengan nik aziz tu mmg org tak betul gak la

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP