Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, August 19, 2009

Permatang Pasir : Apakah Umno kurang calon?

(Dapatkan Penawar Selsema Babi) Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik. Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

KOMEN ; SORRYLAH KALI INI AKU SETUJU DENGAN KU LI. SEMEMANGNYA BN BOLEH BERI PENJELASAN KEDUDUKAN CALONNYA...TAPI KENAPA PERLU BUANG MASA UNTUK BERI PENJELASAN. NI YANG DI KATA TAK ADA MASALAH CARI MASALAH...MUNGKINKAH ADA ORANG DALAM BN YANG SENGAJA MEMILIK ROHAIZAT UNTUK MENYUSAHKAN NAJIB.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

6 comments:

Anonymous,  August 19, 2009 at 3:10 PM  

dari apa yang saya ketahui, perkara mengenai salahlaku ini sudah pun selesai.. rujuk blog saya... terpampang di muka depan blog Media Cyber mengenai surat penarikan balik aduan dari koperasi...

skg bukan masa utk memperlihatkan apa jua masalah peribadi calon. Beliau dipilih berdasarkan kelayakan yg terserlah. Ini adalah masa untuk kita memperkasakan lagi Calon Barisan Nasional yang juga bakal wakil rakyat kepada penduduk Permatang Pasir.

Tiada soal mengenai Rohaizat bukan penduduk di Permatang Pasir sebab Salleh juga bukan penduduk Permatang Pasir

denaihati August 19, 2009 at 3:25 PM  

Sampan sudah di air, dayung sudah di tangan...maka kayuh je lah...NEXT jangan buat macam ni lagi BN....penat BLOGGER BN nak menjelaskan hal-hal ni....YB BN pun belum tentu ke depan nak beri penerangan...tak gitu!!!

Anonymous,  August 19, 2009 at 4:18 PM  

This reply sent to Parpukari, but he moderates well - it has not been featured till now!

This fellow is scared to accept truths!

"Bila yang disebut kafir itu memang kafir maka jatuhlah hukuman kafir itu kepadanya, namun bila tidak, hukuman kafir itu kembali kepada yang mengatakannya"

Macam itu, kalau awak 'gelar' seorang itu sebabagi 'Mahaliwat' dan itu Barking Magpie pula 'gelar' ornag itu sebagai 'BABI', adakah ini bererti 'hukuman itu kembali kepada yang mengatakannya'?

Apasai awak kata hakim 'semua' memihak sebelah? Bila Zambry dapat 'verdict' yang 'bagus', awak ada kata status kehakiman di negara ini adil kan?

Sekarang apa sudah jadi?

Oh, lagi satu...sebut tentang hakim, undang.....itu Permatang Pasir punya calon - awak tidak pilih?

Dia pun ada sejarah tahu?

Tak pe lah. Kita beralih ke projeck Selangor. Semalam ada dua special draw untuk mengutip 'dana' membeli 'katak'. Ini adalah selepas banyak special draw yang telah diadakan sebelum semalam.

Nampaknya 'katak' Selangor banyak demanding. Dan ikut pengalaman Perak, katak-katak Selangor mahu 'bayaran penuh' dulu sebelum lompat?

Oh. you tak kisah lah bila kerajaan pusat (bukan kerajaan jubur yah) benarkan special draw yang paling banyak tahun ini? Itu tak haram kan?

Tapi beer itu memang haram!!! You ada pegi tengok 7-11 di Raja Alang, kg Baru, K.L untuk tahu apa yang dijual di situ?

Betul lah awak ini, hanya beer itu haram, bukan special draw, kutipan hasil untuk lesen perniagaan jual daging babi dan cukai pendapatan dari perniagaan judi yang di guna untuk bina sekolah, tempat sembahyang, bina bangunan kerajaan pusat.

I like your definite and specific approach towards your pejuangan.

Ah, cakap tentang DPM - you ada bagi tahu semua you respek dia kan? You tahu tak, ramai lagi juga respek dia dari dulu - semasa dia jadi Menteri Besar Johor.

Nak tahu kenapa? Baca rencana di ruang blog ini: http://mt.m2day.org/2008/content/view/25804/84/

Ini semua kisah benar tahu.
Mungkin masa itu awak masih disusu oleh ibu you. Tapi no problem, awak harus tahu sejarah Tanah Melay ini. Baru you punya respek kepada DPM akan melambong lagi.

denaihati August 19, 2009 at 5:11 PM  

Anon tak BEST lansung lah guna ANON walau ada fakta tapi kira fakta tong sampah je..PERJUANG sebenar tak pernah guna ANON...kalau berani kerana benarkan mesti guna NAMA baru lah real....you mungkin tak ada pengalaman dengan Bro AnWAR tapi tak apa teruskan perjuangan....tapi buka bermakna aku sokong yang maki hamun cuma kadang2 KEMARAHAN yg melampau manusia jadi tak keruan...seperti TGNA kadang2 tersasul bila di asak MEDIA.....kan manusia...

PARPUKARI August 19, 2009 at 5:29 PM  

SALAM SAUDARA DENAI, SI ANON NI, AKU DAH LEPAS SEKALI, TAPI DIA DOK MAI POST BERULANG KALI, LAGIPUN CERITA DARI MALAYSIA TODAY NI SAMA MACAM CERITA YANG KITA DENGAR DARI MULUT PELACUR KAT CHOW KIT TU BRO!


KKK DAN KELING TAK FAHAM, DEPA NAK PERTIKAIKAN KES YANG LAIN, BRO, KASI PASANG CERITA LIM GUAN ENG DOK MENIPU TU!

Anonymous,  August 19, 2009 at 5:49 PM  

Dei Parpu,

you cakap "YANG KITA DENGAR DARI MULUT PELACUR KAT CHOW KIT TU BRO!"

You ingat orang lain pun macam awak ke...pegi dengar cerita dari mulut pelacur?

Kalau itu you punya speciality, simpan saja lah untuk awak. Jangan anggap orang lain pun ikut macam awak...mereka ada saluran-saluran lain untuk dapat cerita...bukan dari pelacur....

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP