Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz : Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh part 2

Dalam entri malam tadi aku sokong sangat Penarik Beca dalam isu Komen Tuan Guru Nik Aziz yang tidak membantah DAP menghina ISLAM dan aku juga setuju dengan komen di blog PakKaramu :

Kalau sekiranya DAP tidak di tegah maka ini suatu peluang bagi mereka menghina agama Allah dan kita sebagai umat islam tidak patut berdiam diri tanpa pembelaan, kepada umat islam sanggupkah mereka menutup telinga jika orang kafir menghina islam ? PAS sebagai parti yang masih bersifat dakwah wajar menegur orang-orang DAP supaya mereka tidak mengulang sikap biadap mereka terhadap islam dan menegur mereka adalah satu dari sikap dakwah tersebut, Nik Aziz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataannya terutama masalah sensitive umat di negara ini.

Dan yang paling menarik adalah komen di blog PakKaramu oleh Melayuangkat :


Assalamualaikum Tuan,


Maaf saya yang tak pandai ini ingin mencelah. Kita pun tak tahu sangat mengenai agama Hindu, Kristian atau Buddha (sebenarnya Buddhism ini bukan Agama tapi lama-lama dianggap Agama), TAPI ini tidaklah bermakna kita boleh maki hamun agama mereka atau membuat sesuatu kenyataan yang menyinggung sentiviti Agama mereka.


Bukankah ini dilarang oleh Agama kita. Jadi begitu juga pada DAP. Saya tak percaya mereka tak tahu langsung pasal Islam. Mustahil perkara dasar pun mereka tak tahu. Kita ni Tuan, tak perlu ke Universiti mana pun nak tahu beza benda benda asas seperti apa yang patut kita buat dan kata.


DAP bukan bodoh. Kalau dunggu pun mereka tahu atau sepatutnya tahu benda benda apa yang boleh dicakap atau tidak. Inikan pula bila menyentuh hal Agama orang lain. Tapi oleh kerana ramai orang Melayu Islam sekarang yang MEMBELA dan MENYEBELAHI mereka WALAU APA pun yang mereka buat. Jadi apa yang kita nak herankan, Naik TOCHANGlah Cina Cina DAP ini semua.


Berpuluh tahun benci ini terpendam di lubuk Kalbu masing masing. Akhirnya inilah masa untuk meluahkannya dan pada masa yang sama ada sokongan dari Orang Melayu Islam sendiri atau tindak tanduk mereka. Berbeza betul perjuangan jihad kita di Malaysia berbanding dengan mereka di Palestin, di Cina, Di India dllnya. Tuan sendiri lebih maklum.


Umat Islam di negera negera di atas ditindas dan dianiya walaupun mereka tidak menghina Agama rasmi tempat mereka bernaung. Inilah satu lagi catatan sejarah dalam tamadun manusia di Malaysia mengenai perjuangan ke Arah Islam. Apa-apa pun Allah swt Maha Mengetahui, jika kita ikhlas atau tidak dalam perjuangan kita menegakkan Islam walau di mana. Sebesar dzarah pun kebaikan kita akan dibalas begitu juga sebaliknya.


Tuan lebih maklum dari saya. Diucapkan Selamat Menyambut Ramadah, semoga Allah swt ampuni dosa dosa kita dan kita semua mendapat barakat darinya.


KOMEN : TERSENTUH SUNGGUH AKU DENGAN KOMEN MELAYUANGKAT NI ..... ITU PUN BAGI YANG BERFIKIR TANPA BERFIKIR SANGAT TENTANG KUASA TETAPI LEBIH KEPADA PERJUANGAN ISLAM SEBENAR.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  August 13, 2009 at 1:39 PM  

SLM BRO..DAP CUMA BLAJAR AGAMA HANYA UTK DPT KEPERCAYAAN JE. INGAT TAK KES "SURAH AURA"..AJIS SESAT JUGAK YG RESTU!..SKRG NI MEREKA BKN AJE NAIK TOCANG TP BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG!..KEPALA ORG MELAYU DH KENE PIJAK2 DAHH!

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP