Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz : Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh!

Tok Guru Nik Abdul Aziz dipetik oleh Bernama sebagai berkata: "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam".

Pada masa yang sama, beliau dilaporkan oleh agensi berita sebagai "tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam".




Aku pun bigung bila baca komen Tuan Guru PAS ni .............ni komen Agama atau komen Politik. Tapi aku setuju sangat dengan komen yang dibuat oleh Penarik Beca :

Tak palah. Tak kisah apa yang dilaporkan. Saya ambil apa yang Bernama lapor itu sebagai memang betul apa yang sebijik-sebijik diucapkan oleh Tok Guru.

Kalau benar Tok Guru berkata begitu, saya berbeza pendapat dengan sekeras-kerasnya dengan beliau. Kalau benar Tok Guru kata seperti yang Bernama lapor dia kata, saya marah sungguh kepada Tok Guru.

Apabila Islam dihina, tak kira oleh sesiapa pun, kita wajib membantah. Kita bantah akhbar Denmark dan NST menyiarkan kartun menghina Islam.

Kita tak kata kita "tidak membantah tindakan akhbar Jyllands-Posten menghina Islam kerana akhbar itu bukan akhbar Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam".

Kefahaman yang tidak mendalam terhadap Islam bukan lesen untuk menghina Islam.

Persoalannya, Tok Guru kata apa sebenarnya? Bagaimana pula soalan yang menyebabkan beliau menjawab begitu?

Tu yang kena cari dulu. Saya benci ayat ahli-ahli politik yang berkata "saya disalah petik". Ia seburuk pengarang yang spin perkataan orang sehingga menggambarkan maksud yang lain.

Saya tak akan reject komen sebelum dapat fakta sebenar yang mengecam Tok Guru dari orang-orang Umno - sama seperti saya tak akan reject komen sebelum dapat fakta sebenar yang mengecam Bernama dari orang-orang PAS. Bukan saya menggalakkan orang buat dosa. Tapi, kalau dah gatai sangat tangan, ikut suka hampalah .....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Ashley Ahmed August 13, 2009 at 1:33 AM  

Salam,

Kdg2 dah mula hilang hormat, dan percaya tuduhan nyanyuk.

x-po August 13, 2009 at 2:01 AM  

politik mmg pnuh dgn kehipokritan..politic suck

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP