Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah : Ustaz Asri Rabbani Pulang ke Rahmatullah


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.


Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Kata beliau semasa melancarkan album Rintihan Zikirullah : "Harap album ini dapat bantu saya sendiri supaya senang ingat kalimah Allah dan beri sumbangan kepada masyarakat supaya mengamalkan bacaan zikir jika berdepan masalah," harap Asri.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama orang-orang mukminin dan mukminat. Pergi Takkan Kembali. Al Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim. Esok lusa mungkin giliran kita pula.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP