JOOM lawat BANGLO BARU PKR SELANGOR part 2
Terima kasih kerana ada yang sudi kongsikan sajak ini dan jangan lupa klik Penawar Selsema Babi.
Politik Gelanggang Mencari Makan
Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan Ia telah dijadikan gelanggang
tempat mencari makan
Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran Kerana tempat cari makan
ia telah jadi politik wang
Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman
Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang
Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan Berebut-rebutlah mereka bergelanggang
di dalam politik melalui parti politik
Apa sudah jadi
bukan bertarung dengan parti lawan bertarung sesama sendiri
Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati jatuh-menjatuhkan
di sesetengah negara berbunuh-bunuhan Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin
menjaga negara dan rakyat dan agama Maka lahirlah
penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
Lahirlah lanun-lanun terhormat pencuri-pencuri berlesen
mengaut wang rakyat dan negara Rakyat mengharap setiap musim
agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka Yang senang hanya segelintir
yang susah dan menderita itulah yang ramai Tunggu lagi setiap musim pilihan raya
Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
Hasilnya sama juga
Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
dari musim ke musim pilihan raya Jawapannya samajuga
apa yang berlaku sebelumnya berlaku perkara yang sama
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi Hanya mengharap dan mengharap harapan tidak kunjung tiba
Begitulah terjadi di setiap pilihan raya nasib rakyat tetap tidak terbela
Sajak dipetik dari ust Ashaari Muhammad

1 comments:
SALAM
BAGUS JUGAK IDEA TU SEBAB BOLEHLAH KITA BERIKAN PENERANGAN RINGKAS KEPADA PESERTA ITU NANTI BAHAWA KALAU NAK JADI SENANG CEPAT MASUKLAH PKR SEBAB TAK SAMPAI 2 TAHUN MAKA SEBUAH BANGLOW DAH DAPAT
Post a Comment