Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, August 16, 2009

AnWAR : Pengorbanan WAN AZIZAH tidak dihargai???

(Klik ini utk Mencari Penawar Selsema Babi) The Unspinners kata : Hang pikiaq lah. Wan Azizah berjuang dan bertungkus lumus mempertahankan Anwar dari 1998. Walaupun dia tahu apa yang sebenarnya berlaku, Wan Azizah lakukan demi mempertahankan maruah dan nama baik keluarga. Padahal dia dah hampir tuntut cerai dengan Anwar dahulu. Tanya orang di Masjid bulat Seksyen 14 PJ. Bila dah ambil keputusan untuk terus dengan perkahwinan, dia bersungguh-sungguh.

APA BALASAN-NYA :

Kak Wan diketepikan dalam Majlis dan Mesyuarat. Beliau nampak sah dibuat macam tunggul sahaja dan seolah-olah tidak penting. Padahal beliau adalah Presiden PKR dan patut dihormati buah fikiran dan pandangnya. Perlembagaan PKR menyatakan Presiden yang berkuasa untuk mempengerusikan Mesyuarat pengurusan parti. Seorang Penasihat sepatutnya tidak perlu hadhir ke mesyuarat. Buah fikiran dan nasihatnya hanya diperolehi apabila diperlukan. Tapi dalam semua Majlis, Anwar yang kehadapan melebihi Presiden yang dipilih. Dahlah Anwar bukan pun ahli.

X-PKR kata :

1. Begitu juga jika ada majlis di rumah AnWAR (kediaman rasmi TPM Jln. Damansara [dulu]), Farah Afifa pasti akan dihulur Shamsidar kepada AnWAR biarpun Wan Azizah yang berdiri di sisi AnWAR masam mencuka dan diam membisu! Farah Afifa akan terus dibawa ke sebuah bilik di tingkat atas rumah AnWAR oleh pembantunya untuk berehat atau bermain. Betapa sibuknya AnWAR melayani tetamu di tingkat bawah, beliau akan nnaik ketingkat atas menjenguk Farah Afifa. AnWAR juga membahasakan dirinya 'PAPA' ketika mengagah Farah Afifa (masih bayi tika itu). Apabila Farah Afifa semakin besar, AnWAR juga mengajar Farah Afifa memanggilnya 'PAPA'. Kenapa? Mungkin AnWAR boleh jawab dlm ceramah nanti. Farah Afifa ini amat tidak disukai oleh Wan Azizah serta semua keluarga AnWAR

2. Azmin mengawal segala hal ehwal AnWAR seolah-olah AnWAR itu haknya. AnWAR pula terlalu memberi muka kepada Azmin hingga mengabaikan ibubapa, isteri dan anak-anaknya. Perkara ini disahkan oleh Dr. Wan Azizah yang sering merungut AnWAR lebih mendengar cakap Azmin dari cakapnya. Semua adik beradik AnWAR juga setuju dalam hal ini w/pun mereka tidak setuju dengan Wan Azizah dalam banyak hal. Meniti era reformasi dan AnWAR di dalam penjara, Azmin mengawal segalanya ehwal peribadi AnWAR termasuk kewangan. Banyak ahli PKR tahu Azmin sering melabelkan Dr. Wan Azizah sebagai ‘kakaktua’ dan mereka sering tidak sependapat. Azmin ‘mengawal’ peguam-peguam AnWAR manakala Wan Azizah boleh terus berjumpa AnWAR di penjara. Hubungan dingin Wan Azizah-Azmin berlarutan hingga kini.

3. Di Munich, Wan Azizah secara terbuka mengatakan semua dialu-alukan untuk menziarahi AnWAR KECUALI Shamsidar! AnWAR juga berusaha bersungguh membawa Shamsidar ke Munich melalui Azmin dan berhasrat membawa Shamsidar bersama ke Jeddah selepas keluar dari Munich. Wan Azizah adalah penentang nombor wahid niat AnWAR ini. Keluarga AnWAR dan Wan Azizah bersatu hati menentang dan Shamsidar tidak muncul di Munich dan Jeddah bersama AnWAR. Hingga sekarang Shamsidar dilarang keras oleh Wan Azizah datang ke rumah AnWAR bersendirian. Jika datang pun, Shamsidar hanya dibenarkan berada di persekitaran luar rumah atau ruang tamu rumah, itu pun bersama Azmin. Kemunculan Shamsidar juga hanya setakat rumah terbuka Hari Raya. (Dahulu Shamsidar bebas keluar masuk rumah AnWAR di Jln. Damansara dan Bkt. Damansara[1998]. Shamsidar juga bebas naik ke tingkat atas serta ruang tidur AnWAR).


Begitu sekali pengorbanan Kak Wan hingga dia mencebur bidang politik yang beliau tidak gemari. Dia menjadi wakil rakyat untuk mengekalkan kerusi untuk Anwar satu hari nanti. Anwar dah keluar pun Kak Wan masih berkecimpung dalam politik kerana atas percaturan Anwar. Bila dipinta kosongkan kerusi Parlimen, beliau lakukan seperti seorang isteri yang setia. Adakah Anwar menghargai isterinya yang telah begitu lama berkorban untuk suami? 

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP