JEFF OOI : Perlu MOHON MAAF
Jeff Ooi perlu memohon maaf kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) - selepas melabelkannya sebagai pertubuhan ekstremis - untuk memadamkan syak wasangka serta pandangan negatif dari masyarakat, kata Presiden JIM, Zaid Kamaruddin.
"Kalau dia bertegas tidak mahu minta maaf, orang akan kaitkan (kenyataannya) dengan DAP walaupun ini sebenarnya adalah pandangan peribadinya," kata Zaid (kiri) sambil menambah, isu -isuyang menyentuh tengan Islam, boleh menjejaskan hubungan antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jeff (kanan) yang juga ketua staf pejabat ketua menteri Pulau Pinang menggesa supaya ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd Razali Abdullah dipecat kerana menganggotai organisasi ekstremis. Mohd Razali adalah ahli JIM.
Jeff membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada objektif penubuhan JIM yang mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang 2020.
Jeff bagaimanapun telah menarik balik kenyataan tersebut atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

2 comments:
Tolomglah berhentikanlah bersikap aprak Melayu yg tak habis2 tuntut orang minta maaf. Apa kesudahannya? Susah ke nak goyang lidah dan keluarkan suara. Maaf memaaf ni skg dh jadi mainan bangsa kafir harbi tu sekarang. Sikit2 tuntut minta maaf. Bila kesudahannya.
Ubahlah cara berfikir. Buat aduan polis. Buat tuntutan sampai tindakan diambil. Jgn setakat lapur saja. Cuba perhatikan pihak kristian yg lapur polis pengarang Al Islam yg mereka tuduh menghina. Bila tidak ada tindakan, mereka susul semula (isebabkan suasana skg,mereka tangguh dulu), mereka mahu aduan mereka sampai kepenghujungnya.
Ambil iktibar, bro. Takde makna tuntutan2 maaf ni. Buang masa. Jejaskan maruah kita. Kenapa kita lemah sangat. Negara ni negara asal dan kita adalah majoriti !
Bro betul la tu...kita ni banyak sangat berlembut tapi bukan pada tempatnya...
Post a Comment