Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Friday, August 14, 2009

Nik Aziz : Kalau Tok Guru kata gitu, saya marah sungguh part 4

Aku tertarik dengan komen MSO :

Bagi setengah orang dalam Pas apa saja yang dikata, diucap ataupun dilakukan Tok Guru itu semuanya betul dan halal. Statusnya sebagai ulama menjadikan dia mempunyai lesen besar untuk melakukan apa saja. Dalam keadaan beliau dianggap maksum begitu siapakah yang boleh membuat teguran. Sebaliknya orang yang menengur akan disuluh sebagai pengkhianat kepada agama.


Apa yang hendak saya cadangkan di sini sebagai mengambil semangat yang dikatakan Nik Aziz itu ialah meminta orang Islam menguji melihat bagaimana sikap penganut agama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian. Apakah penganut agama lain mempunyai kefahaman setinggi Nik Aziz itu dalam bag agama politik?


Apakah mereka boleh menerima kritikan ke atas agama mereka? Cubalah.... kita mahu mendengar adakan para guru agama berkenaan akan mengatakan seperti mana kata-kata Nik Aziz itu. Mereka akan menghalalkan kritikan ke atas agama mereka kerana menjaga kepentingan politik. Saya percaya kalau penganut agama lain juga sama dengan Nik Aziz aman dunia ini.

Saya sendiri faham mengenai apa yang termaktub dalam sanubari Nik Aziz bila beliau berkata begitu. Maksudnya bukan beliau reda dan setuju kalau ada orang mengkritik Islam. Tetapi dalam konteks beliau kata itu ialah kepada DAP sebagai parti politik. Beliau tidak melihat tindakan pemimpin DAP itu dibuat atas tujuan menghina Islam.

Timbul persoalan apakah DAP tidak tidak faham mengenai Islam dan dasar Islam di perjuangkan Pas? Ini meragukan. Pengerusi DAP Karpal Singh pernah menegaskan agar Pas melangkah mayatnya dulu kalau Pas hendak laksanakan Islam. Bukankah kata-kata itu menunjukkan Karpal Singh faham mengenai Islam?

Tidakan Nik Aziz itu ialah kerana politik. Kesalahan DAP ditebatkan dengan ketidakfahaman yang dirasakan wujud kepada parti berkenaan. Saya tidak fikir kalau DAP benar-benar tidak faham jika berpandukan kepada tindak tanduk Karpal Singh itu. Karpal berkata begitu menunjukkan dia faham tentang Islam. Apakah situasi ini tidak difahami Nik Aziz?

Dia faham tetapi kefahaman itu diselindungkan kerana kepentingan politik. Nik Aziz mempercayai kekuatan Pas atau harapan Pas untuk menguasai negara ini memerlukan sokongan DAP juga. Makanya selagi Pas dan Nik Aziz berpegang kepada keyakinan itu, DAP boleh melakukan apa juga kesalahan ke atas Islam, hatta menghinakannya kerana ia dihalalkan oleh Pas. Pas dan Nik Aziz akan memaafinya atas alasan mereka tidak faham mengenai Islam. Kecualilah DAP telah merobohkan masjid dan surau mungkin baru Pas boleh beranggapan baru DAP benar-benar faham dengan Islam dan mereka perlu dimusuhi.

Sekali lagi saya syorkan agar ada orang Islam mengkritik agama lain dan kita mahu tenguk apakah ada penganutnya termasuk yang menjadi pemimpn politik akan berkata kritikan itu tidak boleh dimarahi kerana mereka (orang Islam) tidak faham agama kita. Apakah ada?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP