Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, August 17, 2009

PAS SELANGOR : ISU ITU TERLALU PANAS (KONSPIRASI DALAMAN)


(Penawar Selsema Babi) Blog Malaysia Waves, yang sering mengulas politik dalaman PAS membuang artikel - mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat - dengan alasan "isu itu terlalu panas" selepas dinafikan seorang pemimpin PAS negeri.

Blog Malaysia Waves yang dikendalikan penulis 'Tulang Besi' mendakwa wujud satu mesyuarat di bangunan setiausaha kerajaan Selangor pada 30 Julai yang turut dihadiri Roslan Shahir Mohd Shahir, ketua penerangan PAS Selangor.

Satu lagi blog – Blog Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com) Khamis lalu menyiarkan semula artikel di blog Malaysia Waves, 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor' – tetapi menarik balik sehari selepas itu mendakwa wujud konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – selepas menerima surat ugutan dikendakan tindakan undang-undang.

Pengendalinya Mohd Fauzi Mohd Azmi menerima surat tuntutan daripada seorang pemimpin PAS yang dinamakan dalam tulisan itu sebagai salah seorang yang terlibat dalam mesyuarat merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen parti PAS.

Surat itu, antaranya, memohon tuntutan maaf secara terbuka dan menarik balik tulisan tersebut.

Tulisan itu mendakwa mesyuarat tersebut memastikan semua calon PAS pada pilihan raya umum akan datang sealiran dengan pesuruhjayanya Datuk Dr Hasan Ali. Nama beberapa ADUN parti itu yang didakwa "mahu dibunuh karier mereka" termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Abd Rani Osman (Meru), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Shafie Abu Bakar (Bangi). Manakala ahli parlimen yang didakwa ingin digugurkan: Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) – ketiga-tiga lantang membantah idea kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Tulang Besi menambah, pada kelazimannya, beliau tidak akan membuang artikel yang diterbitkannya.

"Tetapi, dalam kes ini, permintaan dibuat oleh tuan punya surat sendiri. Jadi, saya terpaksa akur," katanya.

"Saya sedar isu ini telah masuk dalam media perdana (contohnya, Malaysiakini). Jadi, saya terpanggil untuk memberi keterangan."

Penulis blog itu bertegas akan terus mendedahkan "semua tindakan dan aktiviti puak Umno dalam PAS dan tidak gentar dengan tindakan mereka."

Menjawab penafian Roslan berhubung kehadirannya, Tulang Besi berkata, "tiada siapa yang berani menafikan mesyuarat tersebut telah berlaku dan agenda tersebut telah diperbincangkan."

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

Anonymous,  February 9, 2010 at 6:16 AM  

Yes undoubtedly, in some moments I can reveal that I approve of with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is quiet a suspect as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with delivery of this beg www.google.com/ie?as_q=microsoft visio pro 2007 ?
I noticed the axiom you procure not used. Or you use the dreary methods of promotion of the resource. I take a week and do necheg

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP