Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Monday, July 20, 2009

Teoh Beng Hock : Keluarga Percaya ada Unsur Jenayah

Petikan dari blog kamalfarsya : Keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian anak lelaki mereka kerana yakin ia ada kaitan unsur jenayah.

Bapa Teoh, Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56, menyampaikan hasrat mereka itu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Oh Ei Sun, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di kediamannya di Taman Sri Kelemak, Kelemak, dekat sini, semalam.
Leng Hui berkata, mereka tidak percaya kematian anak mereka di koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu, akibat bunuh diri seperti didakwa.

"Kami percaya Teoh mati bukan kerana bunuh diri, sebaliknya dianiayai pihak lain. Sebab itu, kami mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memberi penjelasan dan kerajaan juga patut menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kejadian itu," katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di tempat terbabit selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan Selangor.

Mayat graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menjadi wartawan akhbar Sin Chew Daily cawangan Kajang selama tiga tahun dan anak keempat dari lima beradik itu dijadual dikebumikan di Taman Memorial Nirvana Semenyih, Selangor, jam 1.30 tengah hari ini.

Sementara itu, Dr Oh berkata, beliau diarahkan menziarahi keluarga Teoh sebagai mewakili Perdana Menteri yang ketika ini berada di Arab Saudi atas tugas rasmi kerajaan.

"Saya sudah sampaikan semua salam takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh dan saya akan sampai hasrat Leng Hui mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja kepada Datuk Seri Najib. Saya percaya kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini,'' katanya

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga Teoh yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya rela membenarkan peguam pihak pembangkang mengemukakan writ saman ke atas kerajaan sekiranya Suruhanjaya Diraja tidak ditubuhkan menyiasat kes berkenaan.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

Anonymous,  July 20, 2009 at 2:13 PM  

orang kata DAP yang bunuh .. mmg pun

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP