Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Sunday, July 19, 2009

Teo Beng Hock : RAHMAT kepada AnWAR

Di belakang Tabir pasti bersorak sakan AnWAR kerana tragedi kematian Teo Beng Hock memberi Rahmat kepada populariti AnWAR walau dia sedar keluarga Teo sedang bersedih. Kes liwatnya yang dianggap AnWAR sebagai konspirasi tidak berjaya menarik ribuan perjuang reformasi untuk datang ke makamah bagi menjerit-jeritkan kata REFORMASI seprti yang di idam-idamkan nya 10 tahun dulu.

Petikan dari blog AnwardotcomKetua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

"Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya.


KOMEN : BOLEH PERCAYA KE ANWAR TAK POLITIK KAN...KAN ANWAR BIASA POLITIK KAN SEMUA HAL WALAUPUN BUKAN ISU POLITIK???? atau MUNGKIN TRAGEDI TEO AKAN MENJADI FULL STOP KEPADA PAKATAN...KITA TUNGGU 2-3 MINGGU LAGI.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP