Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, July 30, 2009

Selangor Syurga Dunia - Joom serbu ramai-ramai!!!!

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Menurutnya, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.

‘‘Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.

‘‘Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram,” dakwanya.

Dakwanya lagi, kewangan negeri tidak diuruskan dengan baik terutama berkaitan peruntukan RM500,000 kepada wakil-wakil rakyat. Ia dipindahkan terus daripada akaun pejabat daerah ke tabung-tabung pusat khidmat masyarakat yang diuruskan parti-parti politik.

‘‘Kemudian baru diagihkan kepada orang ramai, sesuatu yang boleh dipertikaikan dari segi ketelusan kerana tidak boleh diaudit.

‘‘Semasa BN memerintah, peruntukan ini dikendalikan oleh pejabat daerah sepenuhnya,” katanya.

Mohamad Khir memberitahu, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara itu kerana kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam pengendalian tabung-tabung pusat khidmat tersebut.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP