Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, July 29, 2009

Nik Aziz : Utusan Mohon Maaf

Utusan Melayu memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan diatas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan didalam Utusan Melayu pada 11 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa nasihat beliau tidak semestinya didengar ketika mengulas cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu,tajuk atas sebelah kiri muka surat hadapan Utusan Melayu pada 15Jun 2009 iaitu nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan mengambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau pada muka surat 7 , Utusan Melayu keluaran 15 Jun 2009 adalah salah.

Utusan Melayu dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Nik Abdul Aziz diatas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin berlaku kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

KOMEN : BILA KITA BUAT SILAP ELOKLAH KITA MOHON MAAF. TAK JATUH MARTABAT BILA KITA MOHON MAAF MALAH INSYALLAH NAIK MARTABAT KITA DI SISI ALLAH.  

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP