Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, July 2, 2009

Kes Liwat AnWAR : SILAT SUDAH BERMULA

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya, dari Mahkamah Tinggi, kembali semula ke Mahkamah Sesyen.

Keputusan sebulat suara diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel tiga orang hakim. Dua orang hakim ialah Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah tersilap dalam keputusannya apabila tidak membenarkan perbicaraan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, walaupun peguam negara telah menandatangani arahan tersebut.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sekitar 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan kes tersebut dijadual bermula jam 8 Julai depan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau "meluat" dengan keputusan tersebut. Anwar juga berkata, beliau tidak menjangka akan mendapat perbicaraan yang adil.

Ketua umum PKR itu sering mendakwa bahawa tuduhan tersebut merupakan sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnnya.

KOMEN : BANYAK LAGI SILAT LIDAH AnWAR SEMENTARA MENUNGGU 8 JULAI. KENAPA TAK PERCAYA KE??

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP