Bedah siasat Michael Jackson hari ini
Proses bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson akan dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian Raja Pop itu.
Jackson, 50, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas dikejarkan ke sebuah hospital di sini akibat kegagalan fungsi jantung.
Menurut adiknya, Jermaine, Jackson tidak sedarkan diri ketika berada di rumah dan pakar perubatan peribadinya telah cuba menyedarkan penyanyi tersebut, namun gagal.
Bintang itu kemudian dibawa ke hospital oleh pasukan paramedik, di mana sekumpulan doktor bertungkus lumus menyelamatkannya dalam masa lebih satu jam sebelum mengesahkan kematiannya.
KOMEN : Yang hidup PASTI mati...harimau meninggalkan belang..manusia meninggalkan nama tapi yang pasti di Alam Barza kita sendirian. HANYA IMAN DAN AMAL MENJADI TEMAN...FIKIR-FIKIRKAN LAH JANGAN INGATKAN KUASA SAHAJA....BN ATAU PAKATAN TIDAK DIBAWA KEDALAM KUBUR.
0 comments:
Post a Comment