Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, June 25, 2009

Menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian

Aku sokong sangat tulisan MUMMY ROKIAH ni :

Apa juga pindaan perlembagaan UMNO yang bakal dibuat perkara yang terpenting ialah menghapuskan kuasa-kuasa ”warlord” peringkat UMNO Bahagian iaitu mereka yang terdiri dari Ketua Bahagian, Timbalan ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian.

Mereka angkuh kerana secara automatik mereka menjadi Perwakilan Bahagian yang mewakili keseluruhan ahli-ahli UMNO di dalam sesuatu bahagian itu.

Apabila mereka secara automatik menjadi perwakilan mereka merasakan diri mereka besar, mereka meletak harga yang mahal kepada sesiapa juga yang ingin bertanding diperingkat Majlis Kerja Tertinggi. Mereka tahu mereka akan disembah oleh calun-calun AMKT untuk mendapatkan undi dari mereka.

Menyedari ada imbuhan dari jawatan itu mereka akan berlumba-lumba bertanding mengejar kuasa di dalam pertandingan bahagian sehingga memporak-perandakan cawangan-cawangan yang tidak menyokong mereka.

Suara-suara akar umbi ahli-ahli di bawah yang tidak menyokong mereka akan dicantas di peringkat bahagian dan lazimnya suara-suara akar umbi tidak sampai kepada pucuk pimpinan tertinggi kerana ditapis dan bijak berlakon dengan bermain wayang.


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP