Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, May 27, 2009

RUN FORREST RUN!! RUN HUSAM RUN !!!!

RIBUAN peminat rancangan Hujah TV9 kecewa berat malam tadi apabila dua ahli panel awal untuk ditampilkan ke pentas hujah tidak hadir. Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dan begitu juga dengan lawannya Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak hadir.

Komen MSO di blognya :

Tetapi sayang seribu kali sayang, beliau tidak hadir. Apakah ketidakhadirannya Husam juga macam Zahid, takut untuk berdepan dengan Ezam. Apabila beliau membatalkan niat pada saat akhir, ia menyebabkan orang beranggapan demikian, bahawa beliau juga dua kali lima dengan Zahid. Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid. Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.

Dan apakah menyebabkan Husam takut untuk berdepan dengan Ezam? Apakah ianya ada sangkut paut dengan tuduhan beliau ke atas Ezam di Kuala Terengganu dulu yang kemudian disambut oleh Ezam kemudian tidak terjawab oleh Husam? Kalaulah... diulang kalaulah dengan Ezam pun takut nak berdepan bagaimana nak mempertahankan Islam dari serangan Israel?

Komen GAP diblognya :

penggantian nama zahid kepada ezam sebagai wakil pendebat umno telah dimaklumkan oleh pihak tv. malah 2 hari sebelum perdebatan berlangsung, press secretary husam telah mengeluarkan kenyataan balas kepada penerbit tv menyatakan KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN HUSAM BERDEBAT DENGAN EZAM, SELAKU WAKIL PENDEBAT UMNO.

kecoh di konti, kecoh di perkarangan lobi TV3 MALAM TADI. penarikan diri oleh husam cukup mengejutkan. seluruh krew penerbitan HUJAH TV9 sedaya upaya memujuk husam meneruskan rancangan.

husam tetap dengan pendiriannya. profesor agus yang berada di kawasan kejadian telah memperli husam di depan orang ramai ' KAWE MALU, BELUM BERTARUNG LAGI MU MENGAKU KALOH ' !

adakah husam sudah mengetahui yang ezam akan menembak beliau mengenai isu balak di kelantan, adakah husam sudah mengetahui akan katastrophi yang bakal berlaku kiranya beliau tidak mampu menjawap isu balak si nizar bintang 3 ? maka dengan itulah husam last minit telah cabut lari

teringat dialog popular cerita forrest gump. RUN FORREST RUN ! sekarang boleh tukar skrip.. RUN HUSAM RUN !!!!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP