HUSAM di mata MSO
Hikayat 11 terakhir dari MSO, beliau hanya akan sambung kembali selepas Muktamar PAS.
“Ana nak tanya enta sapa-sapa orang enta di Kelantan? Maksud ana yang menjadi penyokong hard core enta?” Sengaja saya bertanya begitu kerana menyedari Husam dalam pemerhatian saya tidak ada penyokong. Dia tidak ada puak di Kelantan dan diri bergerak sendirian. Di Kelantan dia tidak ada kumpulan ‘dikir barat’ maksudnya kumpulan yang sedia nntuk menyokong ideanya.
Memang perwatakannya juga berbeza dengan wakil rakyat lain. Dia menyendiri dan seolah terpisah dengan kelompok ramai. Husam tidak membawa budaya dan stail wakil rakyat Kelantan yang berselibah, berkain sarung, berkupiah duduk dengan rakyat di kedai-kedia kopi ataupun surau berjam-jam Husam tidak suka dengan stail tidak melambangkan kemajuan itu. Dia seorang Islam yang modern dan Islam yang progresif.
Pembawan Husam adalah pembawaan seorang intelektual. Ahli parlimen intelek. Tetapi dalam politik pembawan sebegitu menyebabkan ianya tidak popular dari kalangan penyokong dan ahli bawahan. Dia akan nampak terpisah dan sombong dengan rakyat bawahan. Dalam politik sokongan dari semua penjuru adalah penting. Stail kampung dan intelek perlulah dijalinkan bersama. Saya sering menekankan ini kepadanya.
“Ana tak reti main puak-puak ini,” dia ulang sekali lagi memberi mesej kepada saya. Saya faham dengan apa yang dimaksudkan itu. Tetapi dalam politik jika tidak ada puak seseorang itu tidak akan hidup. Puak atau penyokong adalah jambatan dan alat untuk mencapai sesuatu tujuan besar. Apa lagi untuk membangun negeri…dan juga mendapat kedudukan dalam parti.
1 comments:
MSO ni seorang penulis buku2 politik,kemudian jadi bloger dan kini telah menambah satu lagi kerjaya baru iaitu penyiasat persendirian.....tahniah tahniah tahniah....siasat betul2....jgn sampai jadi tukang peyebar fitnah sudah le...nanti di hari kita dihisab oleh ALLAH SWT....silap2 kita jadi org yg muflis pulak.....semuia kebajikan yg kita buat ganjarannya telah di beri kepada org yg kita fitnahgkan dulu....kalau sorang di beri sikit,kalau ramai banyak le....tahu2 dah takde pahala kita yg di beri kat org kita buruk2kan tu.....maka dgn itu kena dosa ambil dosa2 org tu pulak......haa tu dia .....ambikkkkk kau....kat dunia kau ada pena kau boleh menulis...kau ada blog kau boleh posting.....tapi kat sana nanti ......ingatttttt......tengokkkkkk....
Post a Comment