Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Wednesday, March 24, 2010

YB Zulkifli Noordin akan jumpa, mint maaf kepada PM

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.



"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Sumber @ Utusan Online

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

1 comments:

YANG GAMBI March 24, 2010 at 10:32 PM  

Salam bro, inilah yg dikatakan satu pertunjunk dari Allah betapa aselama ini puak-puak PKR-PAS barua DAP berperanan untuk menghancurkan kuasa Melayu.........

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP