Blog Widget by LinkWithin

leaderboard denaihati Banner


Yang Terkini

Thursday, March 25, 2010

Kes Liwat AnWAr : Perbicaraan Anwar ditunda LAGI ke 10 Mei

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos. Jumlah hari yang ditetapkan untuk perbicaraan itu adalah 39 hari.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah (kiri) pada awalnya bercadang mengadakan perbicaraan sepanjang bulan Mei tetapi peguambela Anwar, Karpal Singh membantah kerana jadualnya yang penuh.

Karpal sebaliknya mencadangkan perbicaraan dijalankan sepanjang Julai.
Selepas perbincangan dengan peguam bela dan juga pihak pendakwaraya di kamar hakim, akhirnya semua pihak yang terbabit bersetuju dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sumber @ http://malaysiakini.com/news/127422

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

0 comments:

Minda Bebas

YB dan x-YB

PAKATAN ni!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP